Bantuan Tunai One-Off RM2,700 Untuk Golongan B40 & Miskin: Senarai penerima & cara pembayaran
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu. Bantuan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengurangkan beban hidup bagi mereka yang memerlukan
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Bantuan One-Off RM2,700
Bantuan ini diberikan secara ‘one-off’ kepada yang layak dengan objektif untuk memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
Bantuan kewangan sebanyak RM2,700 ini adalah sebuah inisiatif di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dikenali sebagai Geran Pelancaran.
Kriteria Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
Cara Memohon Bantuan
Seperti mana yang dinyatakan di syarat-syarat kelayakan, bantuan kewangan ini hanya diberikan kepada kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan sedia ada sahaja.
Oleh hal demikian, jika seseorang itu bukan penerima bantuan sedia ada JKM, mereka boleh mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Sekiranya mereka layak dan tersenarai sebagai penerima bantuan, maka mereka boleh membuat permohonan untuk bantuan Geran Pelancaran.
Seperti mana bantuan-bantuan lain di bawah JKM, permohonan Geran Pelancaran hendaklah dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.
Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.