Permohonan banyak jawatan kosong kini dibuka di UNISEL: Gaji sehingga RM7,163.65

Universiti Selangor (UNISEL) kini sedang membuka pengambilan banyak kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.

Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan-jawatan yang dibuka: –

Jawatan Kosong UNISEL

  1. PENSYARAH (DS45)
    • Status Lantikan: Lantikan Secara Kontrak / Tetap
    • Jadual Permulaan: RM2,877.04 – RM7,163.65
  2. PENOLONG PENSYARAH (DA41)
    • Status Lantikan: Lantikan Secara Kontrak / Tetap
    • Jadual Gaji: RM2,111.28 – RM3,894.57
  3. KLINIKAL INSTRUKTOR (U31/U32)
    • Status Lantikan: Lantikan Secara Kontrak / Tetap
  4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N27)
    • Status Lantikan: Lantikan Secara Kontrak / Tetap
    • Jadual Gaji: RM1,361.14 – RM3,992.94
  5. PEMBANTU TADBIR & OPERASI (N17)
    • Status Lantikan: Lantikan Secara Kontrak / Tetap
    • Jadual Gaji: RM1,000 – RM2,804.68

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan jawatan;
  • Syarat-syarat kelayakan akademik yang lengkap boleh dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat dengan mengemukakan Borang Permohonan, Resume terkini beserta gambar berukuran passport terkini, sijil-sijil yang telah disahkan dan Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat yang ditetapkan di hebahan rasmi.

Ia perlu dihantar ke alamat:

Pengarah Pentadbiran & Sumber Manusia
Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan
Kampus Bestari Jaya
45600 Bestari Jaya
Selangor

Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.

Hanya calon-calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan jawatan adalah pada 28 dan 30 APRIL 2023.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *