
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.
Antara bantuan kewangan yang diperkenalkan adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
STR Fasa 3
Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pembayaran STR Fasa 1 telah pun dibuat pada bulan Januari 2023 dengan kadar RM300 kepada isi rumah dan RM100 kepada bujang.
Manakala, pembayaran STR Fasa 2 pula dikreditkan secara berperingkat bermula pada 5 April 2023 dengan kadar RM200 kepada setiap kategori penerima.
Berkenaan dengan STR Fasa 3 pula, ia akan melibatkan jumlah yang lebih besar berbanding sebelumnya iaitu seperti berikut:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM300
- Bilangan anak 1 – 2: RM400
- Bilangan anak 3 – 4: RM600
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM800
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: RM150
- Bilangan anak 3 – 4: RM200
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM250
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
Bujang 21 – 59 tahun
Bujang OKU 19 – 59 tahun
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan maklumat dari Portal Rasmi Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 3 dijadualkan pada bulan Julai 2023.
Berkenaan dengan kaedah pembayaran, ia akan dilaksanakan seperti sebelumnya iatu secara kredit terus ke akaun bank penerima.
Manakala, bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun berstatus tidak aktif, penebusan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bagi info yang lebih teliti tentang Belanjawan 2023 dan STR, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.
