Pendapatan keluarga kategori B40: Ini cara memohon Bantuan Bina & Baiki Rumah (Kerajaan Prihatin)
Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Ia termasuklah sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Bina & Baiki Rumah (Kerajaan Prihatin).
Bantuan ini merangkumi dua jenis bantuan iaitu:
- Bantuan Bina Baru: Rumah asal atau yang sedang didiami dirobohkan secara keseluruhannya dan sebuah rumah baru dibina di atas tapak asal rumah.
- Bantuan Baik Pulih: Kerosakan asas dan kritikal pada kediaman sahaja akan dibaik pulih. Penambahan struktur baru tidak termasuk dalam program ini.
Syarat-syarat Kelayakan
- Terbuka kepada anak kelahiran Selangor atau pemohon yang bermastautin di Negeri Selangor lebih dari 15 tahun. Pemohon bukan kelahiran Negeri Selangor mesti memberikan bukti bahawa pemohon telah menduduki kawasan berkenaan tidak kurang daripada 15 tahun;
- Pendapatan isi rumah pemohon hendaklah di bawah RM1,500/sebulan yang merangkumi tanggungan yang tinggal bersama di dalam rumah berkenaan;
- Umur pemohon hendaklah di antara 45 tahun hingga 75 tahun sahaja kecuali Orang Kelainan Upaya (OKU);
- Hanya ketua keluarga sahaja yang layak memohon dan ketua keluarga mestilah merupakan ketua keluarga bagi isteri pertama sahaja;
- Pemohon yang mempunyai tanggungan sahaja akan dipertimbangkan dan dibuktikan bahawa rumah berkenaan diduduki oleh pemohon dan tanggungannya;
- Hanya satu keluarga sahaja yang layak menerima bantuan rumah;
- Pemohon yang memperoleh Tanah Kurniaan Kerajaan tidak akan dipertimbangkan;
- Rumah yang sedang dalam pembinaan atau terbengkalai tidak akan dipertimbangkan;
- Pemohon yang menumpang dan menyewa tidak akan dipertimbangkan;
- Keadaan rumah pemohon adalah daif dan tidak sesuai untuk diduduki;
- Rumah pemohon mestilah berada di kawasan perkampungan tradisi / kampung baharu, yang mana rumah tersebut berada di atas tanah milik sendiri. Kedudukan tapak mestilah mempunyai / berdekatan dengan punca bekalan air dan elektrik serta bukan di kawasan banjir;
- Tanah TOL (Lesen Pendudukan Sementara) dan Rizab Kerajaan tidak akan dipertimbangkan untuk bantuan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pegawai Daerah berkenaan;
- Pemohon dikehendaki melampirkan surat kebenaran menduduki / surat kuasa menduduki daripada tuan / pemilik tanah / waris sekiranya tanah bukan hak milik pemohon (disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah);
- Pemohon yang telah mendapat bantuan baik pulih atau bina baru rumah daripada jabatan / agensi luar adalah tidak layak menerima bantuan rumah Program Kerajaan Prihatin;
- Mangsa bencana alam / kebakaran yang membuat permohonan Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin selepas ditimpa musibah adalah tidak layak dipertimbangkan;
- Pemohon yang berjaya adalah tertakluk kepada pemulangan Surat Penerimaan Tawaran Bantuan Rumah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat tersebut.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan di atas, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian melalui Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).
Selain itu, permohonan juga boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan yang boleh didapati di semua Pejabat Daerah dan Tanah, Pejabat Penghulu Mukim, Seksyen Sektoral dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.
Borang yang lengkap diisi dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen kemudiannya hendaklah dikembalikan kepada Penghulu Mukim/Pejabat Daerah & Tanah bagi tindakan lanjut.
Untuk maklumat terperinci berkenaan bantuan ini boleh dibaca DI SINI, manakala bagi permohonan atas talian sila kemukakan DI SINI.