Permohonan Bantuan EPOKU RM450 Telah Dibuka. Ini Syarat Kelayakan & Cara Memohon

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah  Bantuan EPOKU yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai  Bantuan EPOKU yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan

Bantuan EPOKU yang ditawarkan adalah sebanyak RM 450

Syarat-Syarat Kelayakan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang kad OKU JKM;
  • Pendapatan bulanan RM 1,500 dan ke bawah; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3-jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Memohon Bantuan

Untuk mereka yang layak dan berminat, permohonan boleh dilakukan dengan melawati pautan berikut: KLIK SINI

Bagi yang ingin memohon anda perlu mengikuti langkah-langkah yang disediakan seperti di pautan berikut: KLIK SINI

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *