Pengambilan jawatan terkini di Jabatan Penerangan Malaysia: Gaji RM1,600 hingga RM1,800

Jabatan Penerangan Malaysia kini sedang membuka peluang pekerjaan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.

Jawatan Kosong

PERSONEL MYSTEP 

  • Bahagian:
    • Bahagian Teknologi Digital (BTD)
    • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)
  • Gaji: 
    • RM1,800 (BTD)
    • RM1,600 (BPSM)
  • Manfaat: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO

Bagi yang tidak mengetahui apa itu program MySTEP, penerangan lengkap boleh dirujuk – DI SINI.

Syarat-syarat Kelayakan

Bahagian Teknologi Digital (BTD)

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf Diploma;
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Aktif, sihat tubuh badan dan semangat berpasukan.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) 

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Aktif, sihat tubuh badan dan semangat berpasukan;
  • Bonus bagi calon yang mahir mengendalikan komputer

Bidang Tugas

Bahagian Teknologi Digital (BTD)

  • Mahir mengendalikan sistem dan rangkaian komputer;
  • Boleh mengendalikan software, hardware dan pengurusan komputer.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) 

  • Membantu mengemaskini rekod aset harta modal dan aset bernilai rendah;
  • Melaksanakan semakan aset setiap cawangan di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia;
  • Membantu proses penyelenggaraan, pelupusan aset dan fail pejabat.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan menghantar resume dan sijil berkaitan ke alamat e-mel: nfarhana@inform.gov.my.

Hanya calon-calon yang menepati syarat-syarat dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa untuk menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan jawatan adalah pada 18 JANUARI 2022, SELASA.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan ini juga boleh dirujuk – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *