Bantuan SARA RM1,200 Yang Akan Dikreditkan Secara Berperingkat. Berikut Senarai Penerima & Syarat Kelayakan
Pada setiap tahun, pihak Kerajaan akan membentangkan belanjawan untuk dimanfaatkan kepada pembangunan negara dan rakyat.
Merangkumi peruntukan berkenaan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Antaranya adalah bantuan berikut: –
Bantuan SARA
Di bawah Belanjawan 2023 yang lalu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan bantuan kewangan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada golongan yang berkelayakan.
Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah meluaskan lagi bantuan ini dengan jumlah bantuan tambahan seperti di bawah:
Bantuan SARA RM1,200
Mengambil kira maklum balas yang amat baik, Kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat
SARA kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan. Ini bermakna bantuan itu adalah RM1,200 setahun.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Pembayaran
Pelaksanaan SARA akan dibuat secara kredit ke MyKad penerima dengan kadar RM100 setiap bulan selama 12 bulan (jumlah keseluruhan RM1,200).
Mereka yang layak kemudiannya boleh menggunakan MyKad mereka untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya/kedai runcit terpilih seluruh negara.
Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedaikedai runcit untuk membeli keperluan asas hanya dengan
menggunakan myKad.
Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.