Jawatan kosong terkini di Jabatan Perangkaan Malaysia: Minima SPM, gaji RM1,600/sebulan
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kedah kini sedang membuka peluang pekerjaan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.
Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan yang dibuka: –
Jawatan Kosong
PEGAWAI KERJA LUAR
- Jenis pekerjaan: Personel MySTEP
- Tempoh lantikan: 2 Januari 2022 – 31 Disember 2022
- Kadar upah maksimum: RM1,600/sebulan
Dimaklumkan bahawa – kadar upah dibayar berdasarkan pencapaian output. Ia juga akan ditentukan melalui hasil kerja yang dicapai oleh MySTEP berdasarkan kompleksiti tugas mengikut tahap kelayakan akademik SPM/setara.
Kadar bayaran upah adalah untuk tempoh perkhidmatan sebulan termasuk sumbangan KWSP dan PERKESO.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), serta mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu dan lulus mata pelajaran Matematik / kelayakan yang setaraf dengannya;
- Mengetahui pengetahuan setempat dan sihat tubuh badan;
- Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai lesen memandu dan pengangkutan sendiri;
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam tugasan yang diberikan.
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat, permohonan kekosongan jawatan boleh dikemukakan secara atas talian (online) – DI SINI.
Calon dikehendaki mengisi butiran diri, taraf pendidikan dan sebagainya di borang atas talian berkenaan dengan tepat dan benar.
Hanya calon-calon yang menepati syarat-syarat dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa untuk menghadiri temuduga.
Tarikh tutup bagi kekosongan jawatan adalah pada 18 DISEMBER 2021, SABTU.
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan ini juga boleh dirujuk – DI SINI.