STR Fasa 3 Telah Mula Dibayar Kepada Penerima: Cara Semak Lulus atau Tidak
Golongan berpendapatan rendah merupakan antara kelompok masyarakat yang paling terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. Walaupun mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap, jumlah gaji yang diterima sering kali tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian, khususnya apabila harga barangan, perkhidmatan, sewa rumah dan kos pengangkutan semakin meningkat. Keadaan ini menyebabkan ramai terpaksa mengutamakan keperluan asas dan mengurangkan perbelanjaan lain.
Salah satu cabaran utama ialah kos makanan yang semakin tinggi. Perbelanjaan untuk barangan dapur seperti beras, ayam, ikan, telur, sayur-sayuran dan barangan keperluan lain mengambil sebahagian besar pendapatan bulanan. Bagi keluarga yang mempunyai ramai tanggungan, keadaan ini menjadi lebih mencabar kerana perbelanjaan makanan perlu disediakan setiap hari. Ada keluarga yang terpaksa mengurangkan kualiti atau kuantiti makanan bagi memastikan perbelanjaan lain dapat dipenuhi.
Selain itu, kos perumahan turut menjadi beban. Harga rumah yang tinggi menyebabkan golongan berpendapatan rendah sukar memiliki kediaman sendiri. Mereka terpaksa menyewa rumah, sedangkan kadar sewa juga boleh mengambil sebahagian besar daripada gaji bulanan. Keadaan ini menyukarkan mereka untuk mengumpul simpanan bagi membeli rumah pada masa hadapan.
Golongan ini juga berdepan masalah kewangan kecemasan. Pendapatan yang sekadar mencukupi untuk keperluan asas menyebabkan mereka sukar menyediakan simpanan. Apabila berlaku perkara tidak dijangka seperti kehilangan pekerjaan, kerosakan kenderaan atau keperluan keluarga yang mendesak, mereka mungkin terpaksa berhutang untuk menampung perbelanjaan.
Dalam aspek pendidikan, ibu bapa berpendapatan rendah turut menghadapi cabaran menyediakan keperluan anak-anak seperti buku, peralatan sekolah, pakaian, komputer dan kos pengangkutan. Pada masa yang sama, kos rawatan kesihatan dan keperluan perlindungan kewangan juga boleh menjadi tekanan tambahan.
Oleh itu, cabaran golongan berpendapatan rendah bukan sekadar berkaitan jumlah gaji, tetapi turut melibatkan kemampuan mendapatkan makanan, perumahan, pendidikan, kesihatan dan kehidupan yang lebih stabil. Usaha meningkatkan pendapatan, menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik serta memperkukuh bantuan bersasar amat penting supaya golongan ini tidak terus terperangkap dalam tekanan kewangan dan dapat meningkatkan taraf hidup mereka secara berperingkat.
Golongan berpendapatan rendah dan sederhana bagaimanapun boleh menerima bantuan kewangan melalui Sumbangan Tunain Rahmah atau STR. Berikut adalah maklumat lanjut tentangnya.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Ia diperkenalkan bagi meringankan beban kos sara hidup mereka, terumatanya dalam situasi ketika ini.
Bagi tahun 2026, kriteria kelayakan STR adalah seperti berikut:
Syarat – Syarat Kelayakan STR 2026
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Jumlah Bayaran STR Fasa 3
Pembayaran STR dibuat sebanyak empat fasa. Bagi Fasa 1 dan Fasa 2, pembayarannya telah pun dibuat pada bulan Januari dan Mac 2026 lalu.
Bagi pembayaran STR Fasa 3 pula, pembayarannya dibuat mulai pada 15 Ogos 2026 secara berperingkat. Seramai 5.3 juta orang penerima layak menerima STR Fasa 3 ini dan ia menyaksikan peningkatan sebanyak 300,000 penerima berbanding 5 juta penerima pada awal tahun.
Penerima STR Fasa 3 akan menerima bayaran antara RM150 dan RM600, bergantung kepada pendapatan dan bilangan anak, manakala warga emas tiada pasangan akan menerima RM150.
Ini adalah maklumat jumlah pembayaran STR Fasa 3:
- Isi Rumah (Pendapatan bawah RM2,500)
- Tiada anak: RM200
- 1 – 2 anak: RM300
- 3 – 4 anak: RM450
- 5 anak atau lebih: RM600
- Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 – RM5,000)
- Tiada anak: Tiada bayaran (RM0)
- 1 – 2 anak: RM150
- 3 – 4 anak: RM200
- 5 anak atau lebih: RM250
- Warga Emas Tiada Pasangan (60 tahun ke atas, pendapatan bawah RM5,000):
- RM150
Cara Semak Kelulusan
Semakan STR sama ada lulus atau tidak boleh dibuat secara atas talian melalui Portal STR dengan tatacara berikut:
- Klik log masuk MySTR;
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
- Masukkan Kata Laluan;
- Klik Semakan Status;
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (jika ada)
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Pembayarannya dibuat dengan dua cara iaitu secara kredit terus ke akaun penerima. Sekiranya penerima tiada akaun atau akaun mereka tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
Maklumat lebih lengkap dan terperinci tentang STR, sila layari portal rasminya – DI SINI.



