Pendapatan Isi Rumah RM5,000 & Ke Bawah. Ini Bantuan Tunai RM200-RM1,200 Yang Akan Dikreditkan

Bantuan dalam bentuk tunai merupakan inisiatif yang sentiasa diteruskan setiap tahun. Ini kerana ia begitu penting untuk mengurangkan beban mereka yang memerlukan.

Oleh sebab itu, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satu bantuan yang diperkenalkan adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

STR Fasa 4

Umum semua tahu bahawa STR Fasa 4 akan mula dikreditkan pada November tahun ini. Namun begitu, jika dilihat pembayaran pada fasa sebelum ini, bantuan diberikan awal daripada yang telah dijadualkan.

Besar kemungkinan, STR Fasa 4 juga akan diberikan awal bertujuan untuk membantu meringankan beban rakyat berikutan dengan keadaan ekonomi semasa.

Berikut kami kongsikan jumlah bayaran yang akan diterima mengikut kategori berserta penerima yang baru membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bayaran STR Fasa 4

STR Fasa 4 akan dibayar dengan kadar antara RM200 hingga RM1,200. Berikut adalah senarai penerima dan jumlah bayarannya STR Fasa 4:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4: RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 4: RM200

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan maklumat, pembayaran STR Fasa 4 akan dilaksanakan pada bulan November 2023. Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan pihak Kerajaan.

Kaedah Pembayaran

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tentang kaedah pembayaran pula, ia akan dilaksanakan secara kredit terus ke akaun bank penerima. Bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau ia berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *