Bantuan Baucar RM30 Boleh Ditebus Sehingga 31 Ogos 2026: Cara Menebusnya

Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, perlindungan kewangan menjadi satu keperluan penting bagi setiap individu dan keluarga. Salah satu bentuk perlindungan yang sering disarankan ialah takaful atau insurans hayat. Walaupun kepentingannya semakin disedari, masih ramai dalam kalangan golongan B40 yang berdepan pelbagai cabaran untuk mendapatkan perlindungan ini.

Takaful dan insurans hayat berfungsi sebagai jaminan kewangan kepada keluarga sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kematian, hilang upaya kekal, atau penyakit kritikal. Apabila pencari nafkah utama meninggal dunia atau tidak lagi mampu bekerja, pampasan yang diterima dapat membantu keluarga meneruskan kehidupan, membayar hutang, menampung perbelanjaan harian, serta memastikan pendidikan anak-anak tidak terjejas.

Selain itu, sesetengah pelan turut menawarkan manfaat tambahan seperti perlindungan penyakit kritikal, elaun hospital dan simpanan jangka panjang. Ini memberi ketenangan kepada pemegang polisi kerana mereka mempunyai sokongan kewangan ketika menghadapi situasi sukar. Dalam jangka masa panjang, perlindungan ini juga membantu mengelakkan keluarga daripada terjerumus ke dalam masalah kewangan yang lebih serius.

Namun begitu, golongan B40 sering berdepan cabaran untuk mendapatkan takaful atau insurans hayat. Faktor utama ialah pendapatan yang terhad. Dengan peningkatan harga barang keperluan, kos pengangkutan, sewa rumah dan bil utiliti, ramai yang mengutamakan keperluan harian berbanding perlindungan kewangan jangka panjang. Akibatnya, pembayaran caruman bulanan dianggap sebagai satu beban tambahan.

Selain itu, tahap kesedaran dan pengetahuan kewangan yang masih rendah turut menjadi penghalang. Ada yang beranggapan bahawa takaful dan insurans hayat hanya sesuai untuk golongan berpendapatan tinggi. Terdapat juga yang tidak memahami manfaat perlindungan tersebut atau beranggapan ia tidak penting selagi mereka berada dalam keadaan sihat.

Cabaran lain ialah komitmen kewangan sedia ada seperti pinjaman peribadi, hutang kenderaan dan perbelanjaan keluarga yang tinggi. Dalam keadaan kewangan yang terhad, ramai memilih untuk menangguhkan pembelian pelan perlindungan walaupun menyedari kepentingannya.

Oleh itu, usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan takaful dan insurans hayat perlu diperkukuhkan. Pada masa yang sama, penyedia takaful dan insurans boleh menawarkan lebih banyak pelan mampu milik yang sesuai dengan kemampuan golongan B40. Dengan perlindungan yang mencukupi, keluarga dapat menghadapi pelbagai risiko kehidupan dengan lebih yakin serta memiliki jaminan kewangan yang lebih kukuh untuk masa hadapan.

Bagi menggalakkan mereka mempunyai perlindungan, pihak Kerajaan telah memperkenalkan Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0  dan berikut adalah maklumatnya.

Bantuan Baucar RM30

Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 adalah sebuah inisiatif strategik oleh Kerajaan Malaysia bagi memperkukuh perlindungan sosial untuk golongan berpendapatan rendah.

Baucar ini berikan dengan kadar RM30 dan penerimanya boleh membuat pembelian produk asas insurans dan takaful yang ditawarkan oleh pengendali insurans dan takaful berlesen yang mengambil bahagian dalam program PTV 3.0.

Mereka yang layak menerima baucar ini adalah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Cara Semak dan Menebusnya

Bagi yang hendak membuat semakan kelayakan, ia boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MyPTV dengan memasukkan no kad pengenalan di ruang yang disediakan.

Sekiranya layak, anda akan menerima nombor baucar dalam mesej seterusnya. Nombor baucar tersebut boleh digunakan apabila anda mahu menebus baucar RM30 semasa membuat pembelian.

Selain itu, semakan juga boleh dibuat dengan mengunjungi mana-mana cawangan atau ejen / pengedar yang sah bagi syarikat insurans / pengendali takaful yang menyertai dan menawarkan produk Perlindungan Tenang di bawah Program PTV 3.0.

Bagi menebusnya, ia boleh dilaksanakan secara atas talian melalui Portal MyCoverange dengan langkah-langkah berikut:

  • Langkah 1: Layari Portal MyCoverange;
  • Langkah 2: Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang di bawah Program PTV 3.0”. Klik ikon logo syarikat/produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut. Sila semak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda;
  • Langkah 3: Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut.
  • Langkah 4: Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai/membeli produk Perlindungan Tenang. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor Kad Pengenalan (KP), umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian. Anda juga perlu memasukkan nombor unik Baucar Perlindungan Tenang anda untuk menuntut baucar tersebut semasa pembelian produk. Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Penebusan juga boleh dibuat dengan membeli produk Perlindungan Tenang secara langsung dari kaunter pejabat cawagan atau ejen / pengedar sah syarikat insurans / pengendali takaful.

Maklumat lengkap dan terperinci berkenaan bantuan baucar ini, sila layari Portal MyPTV – DI SINI. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *