Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM): Gaji RM3,840 – RM15,360
Peluang kerjaya kini dibuka kepada individu yang berkelayakan, bersemangat tinggi dan komited dalam membina masa depan profesional. Hebahan ini ditujukan kepada mereka yang memiliki kemahiran relevan, sikap positif serta keupayaan bekerja dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar.
Jawatan yang ditawarkan memberi ruang untuk menimba pengalaman, memperkukuh kemahiran serta mengembangkan potensi diri ke tahap lebih tinggi.
Calon yang berminat digalakkan untuk merebut peluang ini sebagai langkah penting dalam perkembangan kerjaya. Jangan lepaskan peluang untuk memohon dan meneroka prospek pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.
Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM)
PENGURUS PROJEK
- Taraf Jawatan: Kontrak tidak berwaran (Contract for Service)
- Bayaran Perkhidmatan: RM6,560 – RM15,360
PERANCANG PROJEK
- Taraf Jawatan: Kontrak tidak berwaran (Contract for Service)
- Bayaran Perkhidmatan: RM3,840 – RM12,150
Syarat – Syarat Kelayakan
PENGURUS PROJEK
- Kejuruteraan:
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia; atau
- Arkitek:
- Ijazah Sarjana Muda Seni Bina/Ijazah Sarjana dalam bidang Seni Bina dengan pengiktirafan Bahagian II oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Berdaftar sebagai Arkitek Graduan dengan Lembaga Arkitek Malaysia; atau
- Ukur Bahan:
- Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Berdaftar sebagai Juruukur Bahan Siswazah dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia;atau
- Pengurusan Projek dan Pengurusan Pembinaan:
- Ijazah Sarjana Muda berkaitan dengan pengurusan projek dan pengurusan pembinaan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / SVM.
Keutamaan diberikan kepada calon yang:
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diperlukan dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.00;
- Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan salah satu subjek berkaitan Sains pada peringkat SPM; dan
- Hanya calon yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
Syarat-syarat khusus bagi jawatan ini adalah seperti berikut:
- Pengalaman:
- Mempunyai pengalaman minimum 20 tahun dalam pengurusan projek pembinaan dengan rekod prestasi penghantaran projek yang berjaya.
- Kemahiran Pengurusan:
- Mempunyai kemahiran kepimpinan dan pengurusan pasukan yang kukuh dan mempunyai pengetahuan mendalam tentang metodologi pengurusan projek (cth: Agile, Waterfall) dan alatan (cth: MS Project, Primavera, atau perisian pengurusan projek lain).
- Mempunyai kemahiran komunikasi, rundingan, dan penyelesaian masalah yang cemerlang.
- Mempunyai kemahiran analitikal dan peka terhadap perincian.
- Berkeupayaan mengurus pelbagai projek serentak dan memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan.
- Pengetahuan Teknikal dan Industri:
- Berpengetahuan mengenai peraturan / akta tempatan, luar negara dan standard industri.
- Berpengetahuan mengenai perisian pengurusan pembinaan.
- Mempunyai pengalaman yang meluas di dalam pembinaan makmal.
- Berpengetahuan mengenai peraturan / akta tempatan, luar negara dan standard
- Pensijilan dan Lain-lain:
- Mempunyai Sijil PMP, PRINCE2, atau sijil pengurusan projek lain adalah kelebihan.
- Mempunyai keupayaan bekerja secara individu dan sebagai sebahagian daripada pasukan.
- Mempunyai lesen memandu yang sah dan bersedia untuk melawat tapak projek mengikut keperluan.
PERANCANG PROJEK
- Kejuruteraan:
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia; atau
- Pengurusan Projek dan Pengurusan Pembinaan:
- Ijazah Sarjana Muda berkaitan dengan pengurusan projek dan pengurusan pembinaan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / SVM.
- Keutamaan diberikan kepada calon yang:
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diperlukan dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.00;
- Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan salah satu subjek berkaitan Sains pada peringkat SPM; dan
- Hanya calon yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf dan disahkan oleh senat / jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
Syarat-syarat khusus bagi jawatan ini adalah seperti berikut:
- Pengalaman:
- Mempunyai pengalaman minimum 5 tahun dalam perancangan pembinaan bagi projek bangunan bersaiz besar, projek bangunan bertingkat tinggi atau projek makmal berskala besar.
- Kemahiran Perisian:
- Mahir menggunakan perisian Microsoft Office dan Microsoft Project dengan terperinci termasuk ‘resource management, task dependencies, constrain’ dan ‘time unit’.
- Pengetahuan Teknikal & Industri:
- Mempunyai kemahiran analitikal, komunikasi, dan penyelarasan yang kukuh.
- Mempunyai pengetahuan yang meluas di dalam pelbagai kaedah pembinaan.
- Pensijilan dan Lain-lain:
- Mempunyai Sijil Microsoft Project adalah kelebihan.
- Mempunyai keupayaan bekerja secara individu dan sebagai sebahagian daripada pasukan.
- Mempunyai lesen memandu yang sah dan bersedia untuk melawat tapak projek mengikut keperluan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Bagi permohonan jawatan-jawatan kosong ini, ia boleh dilaksanakan secara atas talian melalui pautan yang diberikan di hebahan rasmi kerjaya.
Maklumat yang diberikan hendaklah tepat, terkini dan sahih. Dimaklumkan bahawa permohonan tidak perlu dicetak tau dipos ke LGM.
Info lebih terperinci dan rasmi berkenaan kekosongan jawatan-jawatan ini, sila layari laman rasami Lembaga Getah Malaysia – DI SINI.



