Jawatan Kosong Permodalan RISDA Berhad: Permohonan Dibuka Sehingga 30 Jun 2026

Peluang kerjaya kini dibuka kepada individu yang berkelayakan, bersemangat tinggi dan komited dalam membina masa depan profesional. Hebahan ini ditujukan kepada mereka yang memiliki kemahiran relevan, sikap positif serta keupayaan bekerja dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar.

Jawatan yang ditawarkan memberi ruang untuk menimba pengalaman, memperkukuh kemahiran serta mengembangkan potensi diri ke tahap lebih tinggi.

Calon yang berminat digalakkan untuk merebut peluang ini sebagai langkah penting dalam perkembangan kerjaya. Jangan lepaskan peluang untuk memohon dan meneroka prospek pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.

Jawatan Kosong Permodalan RISDA Berhad

KERANI GRED 3

  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Penempatan: Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 20 tahun;
  • Mempunyai kelayakan minima Sijil / Diploma / dalam bidang Perakaunan, Kewangan, atau bidang yang berkaitan / kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Mahir menggunakan Microsoft Office terutama Microsoft Excel;
  • Berpengetahuan dalam penggunaan sistem akaun seperti SQL Accounting, UBS atau AutoCount adalah satu kelebihan.
  • (Calon yang sedang berkhidmat di Syarikat Kumpulan RISDA Holdings (KRH) wajib melengkapkan CV dalam sistem HIS, Markah Penilaian Prestasi tahun terkini dan lain-lain dokumen berkaitan. Permohonan jawatan ini perlu disokong dengan surat perakuan dari Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing).

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan kosong ini boleh dilaksanakan secara bersurat dengan menyertakan resume, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak; sekeping gambar berukuran pasport, salinan sijil-sijil akademik, salinan sijil-sijil kemahiran, dan salinan lain-lain dokumen berkaitan.

Ia kemudiannya boleh dihantar ke alamat e-mel: admin@prb-risda.com.my (nyatakan nama jawatan dipohon di tajuk e-mel) atau secara bersurat ke alamat (nyatakan nama jawatan dipohon di penjuru kiri sampul):

PERMODALAN RISDA BERHAD
Tingkat 14, Menara A,
Jalan Ampang Ulu 3,
55000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

(U/P: Ketua Jabatan Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh tutup permohonan jawatan kosong ini ditetapkan pada 30 Jun 2026.

Pemohon hendaklah memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan sahih. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.

Info lebih terperinci dan rasmi berkenaan kekosongan jawatan-jawatan ini, sila layari laman sosial rasmi Permodalan RISDA Berhad – DI SINI. 

Maklumat Tambahan

Permodalan RISDA Berhad adalah sebuah syarikat Kumpulan RISDA Holdings yang telah ditubuhkan pada 15 November 1994. Aktiviti utamanya adalah:

  • Menguruskan Dana-Dana RISDA seperti Akaun Pembiayaan RISDA dan Akaun Tabung Rumah Bina Negara;
  • Menguruskan Pembiayaan Peribadi;
  • Pemfaktoran – Pinjaman yang ditawarkan dalam bentuk pasca kewangan & pra kewangan;
  • Perkhidmatan sewaan perkakasan ICT, Pusat Data, VDI, Private cloud dan lain-lain.

Misinya pula adalah mentadbir urus dana, pelaburan, pembiayaan serta perniagaan berasaskan ict secara cekap dan profesional bagi memastikan kecemerlangan dan pertumbuhan yang mampan serta memberi nilai kepada semua pihak yang berkepentingan.

Manakala, visinya adalah ke arah menjadi badan korporat Yang berprestasi tinggi dalam bidang pengurusan dana, pelaburan, pembiayaan dan perniagaan ICT.

RISDA pula berperanan sebagai bertanggungjawab ke atas semua aspek kemajuan sektor pekebun kecil. Ini termasuklah memodenkan pekebun kecil dengan menggunakan sepenuhnya hasil-hasil penyelidikan dan kemajuan teknik dalam penanaman getah serta memprosesnya dan seterusnya berusaha bersama MARDEC mengadakan satu sistem pemasaran yang cekap bagi pekebun-pekebun kecil. Tetapi yang amat penting lagi ialah menanamkan sikap baru dan konsep moden bagi sektor pekebun kecil sesuai dengan keadaan hari ini.

Fungsi – fungsi RISDA merangkumi Melaksana dasar dan program pembangunan; Menyelaras Skim yang diluluskan; Melaksana pembaharuan penyelidikan; Menggalakkan pengeluaran getah berkualiti tinggi; Memberikan perkhidmatan teknikal dan perundingan; Menyedia dan membekal, input pertanian berhasil tinggi.

Ia juga menggalakkan pemasaran getah yang cekap; Melibatkan diri dalam perdagangan getah; Merancang pembangunan industri getah dan Pekebun Kecil; Melaksanakan program latihan dan pendidikan; Menyebar perangkaan dan menyeggara rekod; Menyelaras dengan Negeri-negeri dan badan dalam / luar Negara; Bekerjasama dengan Agensi Kebangsaan lain berkaitan getah; Merancang dan laksana aktiviti peningkatan kesejahteraan dan ekonomi; Memastikan sektor Pekebun Kecil dimodenkan; Melakukan perkara yang membolehkan fungsi dilaksana.

Misi RISDA adalah Memacu Masyarakat Pekebun Kecil Makmur Daripada Sumber Komoditi dan Hasil Baharu Berlandaskan Revolusi Perindustrian Digital serta Teknologi Hijau. Visinya pula adalah Menjadi Agensi Peneraju yang Berdaya Maju Untuk Kemajuan Pekebun Kecil

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *