Bantuan Khas Minima RM1,000 Dibayar Bulan Ini (Disember 2025): Ini Senarai Penuh Penerimanya
Penjawat awam sering digambarkan sebagai tulang belakang pentadbiran negara, namun peranan besar mereka dalam membentuk kestabilan, kemajuan, dan kesejahteraan rakyat kadangkala tidak mendapat perhatian sewajarnya. Di sebalik setiap dasar baharu, setiap urusan rakyat yang dipermudahkan, dan setiap perkhidmatan penting yang berjalan lancar setiap hari, berdirilah ribuan penjawat awam yang bekerja tanpa henti, sama ada di pejabat kerajaan, di hospital, di sekolah, di balai polis, atau di lapangan.
Mereka bukan sekadar menjalankan tugasan rutin, tetapi memastikan roda kerajaan terus berputar demi kelangsungan hidup masyarakat dan pembangunan negara secara keseluruhan. Sumbangan penjawat awam merentasi pelbagai bidang, daripada pendidikan, keselamatan, kesihatan, kebajikan, pengangkutan, hinggalah pembangunan ekonomi. Guru-guru membantu melahirkan generasi masa depan yang berdaya saing, manakala pegawai kesihatan memastikan rakyat mendapat rawatan tanpa mengira latar belakang.
Di peringkat pentadbiran, pegawai kerajaan memastikan perkhidmatan awam sampai kepada setiap rakyat dengan lebih cekap dan telus, termasuk pengurusan kebajikan, permohonan bantuan, pembaharuan lesen, dan pelbagai urusan rasmi yang lain.
Lebih penting, penjawat awam menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat. Mereka bukan sahaja melaksanakan dasar, tetapi juga mendengar, memahami, dan menyalurkan maklum balas masyarakat untuk penambahbaikan sistem.
Dalam era digital dan perubahan landskap ekonomi, cabaran tugas mereka semakin kompleks, memerlukan kemahiran baharu, adaptasi pantas, dan komitmen yang tinggi. Namun, di sebalik tekanan dan perubahan semasa, penjawat awam tetap memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan dasar kerajaan dan kelancaran perkhidmatan negara.
Dalam konteks pembangunan Malaysia, sumbangan penjawat awam sangat signifikan. Mereka memastikan negara terus stabil, perkhidmatan rakyat tidak terhenti, dan sistem pentadbiran berjalan mengikut landasan. Bagi menghargai sumbangan mereka, pihak-pihak Kerajaan negeri telah memperkenalkan bantuan khusus yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan.
Bantuan Khas Kewangan
Di bawah Belanjawan Negeri 2026, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak 0.75 bulan gaji atau tiga per empat daripada jumlah sebulan gaji dengan bayaran minimum RM1,000 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri berkenaan.
Bantuan ini secara lebih tepat akan diberikan kepada semua anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang yang kini berjumlah sebanyak 3,954 orang. Bantuan itu akan dibayar kepada mereka pada bulan Disember 2025, secara kredit terus ke akaun penerima.
Imbuhan RM300 ‘one-off’
Dalam masa sama, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mengumumkan pemberian imbuhan sebanyak RM300 secara ‘one-off’ kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran serta Fardu Ain (KAFA), guru Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), guru SekolahMenengahAgama Rakyat (SMAR), kakitangan Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR),Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Imbuhan sama turut dipanjangkan kepada guru tahfiz, guru pondok, guru tadika Islam (TADIS) dan guru serta kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang. Pembayaran imbuhan ini akan dibuat pada bulan Disember 2026 dengan kaedah dikreditkan terus ke akaun.
Info Tambahan
Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak tiga bulan gaji kepada para penjawat awam negeri berkenaan.
Secara lebih terperinci, Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan setengah gaji telah disalurkan pada awal tahun ini, manakala Bantuan Khas Kewangan kali kedua sebanyak satu bulan setengah gaji, (dengan) minimum RM1,000 akan disalurkan pada 18 Disember 2025 ini.
Pemberian bantuan ini adalah bagi menghargai sumbangan penjawat awam negeri berkenaan yang telah menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang.
Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor turut bersetuju memberi imbuhan sebanyak satu bulan elaun kepada pemimpin masyarakat (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung), Pegawai Perhubungan Kampung Baru, Bagan dan Tersusun, Ketua Komuniti India, Penyelia Wanita Berdaya dan Penggerak Belia Selangor.
Petugas masjid pula bakal menerima RM500 iaitu merupakan sumbangan kerajaan negeri melalui Menteri Besar (Pemerbadanan) (MBI Selangor).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tidak ketinggalan Kerajaan Negeri Kedah yang telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000 kepada 4,941 penjawat awam negeri dan anggota pentadbiran negeri berkenaan.
Pembayaran bantuan ini nanti akan dibuat secara berperingkat iaitu pada bulan Januari dan Mac 2026 depan. Pembayarannya dilaksanakan secara kredit terus ke akaun penerima. Bantuan Khas Kewangan ini diberikan secara automatik dan tidak melibatkan sebarang permohonan.



