Baucar RM30 Boleh Ditebus Mulai 1 September 2025 ini: Berikut Maklumat Penuh Cara Menebusnya

Dalam dunia yang penuh dengan ketidakpastian, insurans dan takaful menjadi salah satu instrumen perlindungan kewangan yang semakin penting dalam kehidupan masyarakat moden. Ramai beranggapan bahawa insurans hanya sekadar pelindung ketika berlakunya sebarang risiko, namun hakikatnya, ia lebih luas daripada itu.

Insurans dan takaful berfungsi sebagai jaring keselamatan kewangan yang dapat membantu individu, keluarga, dan perniagaan mengurangkan beban kewangan ketika berdepan musibah yang tidak dijangka.

Peranan takaful pula menjadi lebih signifikan bagi umat Islam kerana ia berlandaskan prinsip syariah, bebas daripada unsur riba, gharar, dan maisir. Melalui konsep saling tolong-menolong dan perkongsian risiko, takaful membolehkan peserta menyumbang dana ke dalam tabung bersama yang digunakan untuk membantu mereka yang ditimpa musibah. Ini bukan sahaja memberi ketenangan dari segi kewangan, malah memupuk nilai solidariti dalam masyarakat.

Kepentingan insurans dan takaful juga dapat dilihat dalam konteks perancangan kewangan jangka panjang. Dengan adanya perlindungan yang sesuai, seseorang tidak perlu mengorbankan simpanan atau aset yang dimiliki apabila berhadapan dengan kos perubatan tinggi atau kerugian harta benda. Malah, sesetengah pelan turut menawarkan manfaat tambahan seperti simpanan, pelaburan, dan perlindungan penyakit kritikal.

Secara keseluruhannya, insurans dan takaful bukan sahaja soal perlindungan, tetapi juga soal persediaan menghadapi masa depan. Ia adalah langkah bijak bagi memastikan kehidupan lebih terjamin, keluarga lebih tenang, dan kewangan lebih stabil walau apa jua cabaran yang mendatang.

Akan tetapi, pemilikan insurans dan takaful ketika ini masih kurang di kalangan masyarakat, khususnya di kalangan golongan berpendapatan rendah atau B40. Bagi membantu golongan ini mendapatkan perlindungan, pihak Kerajaan telah memperkenalkan Baucar Perlindungan Tenang 3.0 dan berikut adalah maklumat lanjutnya.

Baucar Perlindungan Tenang 3.0

Baucar Perlindungan Tenang 3.0 adalah sebuah inisiatif strategik yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan Malaysia bagi memperkukuh perlindungan sosial bagi komuniti yang kurang mendapat akses dan terdedah kepada risiko.

Ia juga bertujuan bagi menyediakan perlindungan insurans dan takaful terhadap risiko utama dalam kehidupan – merangkumi produk insurans / takaful yang menepati kriteria Mampu Milik, Mudah Diakses, Senang Difahami dan Proses Tuntutan yang Mudah.

Kadar baucar ini ditetapkan sebanyak RM30 dan boleh ditebus oleh mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) B40.

Dianggarkan sekitar 2 juta orang penerima STR layak membuat penebusan baucar ini. Penebusan baucar ini boleh dibuat mulai 1 September 2025 melalui Portal MyCoverage.

Cara Menebus Baucar Perlindungan Tenang 3.0

Sebelum membuat penebusa, rakyat Malaysia boleh membuat semakan kelayakan inisiatif ini dengan cara berikut:

  • Langkah 1: Layari laman web MyPTV
  • Langkah 2: Masukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan (NRIC) anda dan tandakan tik (/) di “YA, SAYA TELAH MEMBACA DAN МЕМАНАMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot”;
  • Langkah 3: Jika anda layak untuk program ini, anda akan menerima nombor baucar dalam mesej seterusnya. Sila gunakan nombor baucar tersebut apabila anda mahu menebus baucar RM30 semasa membuat pembelian.

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, Baucar Perlindungan Tenang 3.0 boleh ditebus dengan dua kaedah iaitu secara dalam talian (online) atau manual di kaunter.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi secara dalam talian, ini adalah tatacaranya:

  • Langkah 1: Layari portal MyCoverage;
  • Langkah 2: Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang di bawah Program PTV 3.0”. Klik ikon logo
    syarikat/produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut. Sila semak kriteria produk
    seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.
  • Langkah 3: Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut.
  • Langkah 4: Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai/membeli produk Perlindungan Tenang. Anda
    perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor Kad Pengenalan (KP), umur, jantina dan lain-lain untuk
    melengkapkan proses pembelian. Anda juga perlu memasukkan nombor unik Baucar Perlindungan Tenang anda untuk menuntut
    baucar tersebut semasa.

Manakala, penebusan secara manual pula boleh dibuat secara langsung dari kaunter pejabat cawangan atau ejen / pengedar sah syarikat insurans / pengendali takaful. Penerima perlu memahami ciri-ciri asas dan manfaat produk, termasuk menyemak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memilih produk yang paling sesuai dengan keperluan.

Jika penerima baucar memilih untuk meneruskan pembelian produk, penerima perlu memberikan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan proses pembelian. Sila ambil perhatian bahawa proses ini mungkin berbeza mengikut syarikat dan penerima dinasihatkan untuk merujuk wakil khidmat pelanggan syarikat berkenaan untuk maklumat lanjut.

Penebusan Baucar Perlindungan Tenang 3.0 boleh dibuat mulai 1 September 2025 hingga 31 Disember 2025 sahaja. Untuk maklumat lebih terperinci berkenaan insiatif ini, sila rujuk di Portal MyPTV – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *