RM500 – RM1,500 Dibayar Ke Akaun Bank Penerima Mulai 1 Julai 2025: Maklumat Lengkap Bantuan BKKIS
Melangkah ke alam institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan satu detik penting dalam kehidupan seorang pelajar. Ia bukan sekadar perubahan lokasi pembelajaran, malah melibatkan perubahan gaya hidup, tanggungjawab, dan cara berfikir. Ramai pelajar yang teruja untuk memulakan fasa ini, namun tanpa persiapan yang rapi, peralihan ini boleh menjadi sukar dan mengelirukan. Oleh itu, persiapan awal dari pelbagai aspek adalah sangat penting bagi memastikan perjalanan di IPT bermula dengan langkah yang kukuh.
Pertama sekali, persiapan mental dan emosi harus diberi perhatian. Kehidupan di IPT tidak sama seperti di sekolah menengah — pelajar kini harus lebih berdikari dalam menguruskan masa, pembelajaran, dan hal-hal peribadi. Tanpa disiplin diri, pelajar mudah terleka atau terbeban dengan tekanan akademik dan sosial. Sokongan moral daripada keluarga dan rakan-rakan amat membantu dalam menyesuaikan diri dengan suasana baharu.
Kedua, persediaan kewangan turut memainkan peranan penting. Yuran pengajian, kos penginapan, makanan, buku rujukan, dan perbelanjaan harian memerlukan pengurusan yang bijak. Ramai pelajar mendapat bantuan seperti PTPTN atau biasiswa, namun masih perlu merancang perbelanjaan agar tidak boros. Pelajar juga digalakkan menyimpan atau mengambil peluang pekerjaan sambilan jika perlu, asalkan tidak menjejaskan pembelajaran.
Ketiga, keperluan asas seperti dokumen penting, pakaian, alat tulis, gajet dan kelengkapan peribadi juga harus disediakan awal. Memastikan semua dokumen kemasukan lengkap, seperti surat tawaran, salinan sijil-sijil akademik dan kad pengenalan, dapat mengelakkan masalah semasa pendaftaran. Begitu juga dengan mengetahui lokasi kampus, kemudahan asrama, dan sistem sokongan pelajar — semuanya dapat membantu pelajar lebih bersedia dan yakin.
Akhir sekali, pelajar disarankan untuk membuat sedikit penyelidikan tentang kursus yang diambil, latar belakang pensyarah, dan peluang kerjaya dalam bidang tersebut. Ini boleh meningkatkan motivasi dan memberi gambaran jelas tentang apa yang akan dihadapi kelak.
Secara keseluruhannya, memasuki IPT adalah langkah besar dalam perjalanan hidup seseorang. Dengan persiapan yang menyeluruh dari segi mental, fizikal dan kewangan, pelajar boleh melangkah dengan lebih yakin dan bersemangat. Fasa ini bukan sahaja menuntut ilmu, tetapi juga membentuk jati diri dan kematangan untuk masa depan yang lebih cerah.
Selain itu, bagi meringankan beban mahasiswa terdapat pelbagai bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan. Antaranya termasuklah sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kemasukan IPT Siswa (BKKIS).
Bantuan Khas Kemasukan IPT Siswa (BKKIS)
Di bawah Kerajaan Negeri Sembilan, terdapat sebuah inisiatif kepada para mahasiswa dan ia dikenali sebagai Bantuan Khas Kemasukan IPT Siswa (BKKIS).
Bantuan ini berobjektif untuk meringankan beban mahasiswa dan penjaga dalam menyediakan persiapan bagin memasuki Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM500 hingga RM1,000 mengikut kategori berikut:
- RM1,500: Pelajar di peringkat Sijil
- RM750: Pelajar di peringkat Diploma
- RM1,000: Pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda
Pelajar Institut Pengajian Tinggi dari Negeri Sembilan yang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah, akan menerima insentif daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM1,500 bermula tahun 2025, berbanding RM1,000 sebelum ini.
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Pemohon merupakan pengundi berdaftar di Negeri Sembilan;
- Pemohon hendaklah bermastautin di Negeri Sembilan;
- Pendapatan isi rumah ibu bapa tidak melebihi RM4,000;
- Permohonan dikemukakan dalam tempoh pengajian.
Cara Memohon
Bagi permohonan bantuan khas ini, ia boleh dikemukakan secara dalam talian (online) di Portal N.9 Digital atau melalui aplikasi N.9 Digital.
Pemohon juga perlu memuatnaik dokumen-dokumen berikut ketika membuat permohonan:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa pemohon;
- Salinan penyata gaji/pengesahan pendapatan;
- Salinan surat tawaran ke IPT / resit pembayaran pendaftaran;
- Salinan slip mengundi SPR pemohon.
Dimaklumkan juga bahawa para pemohon hendaklah memberikan maklumat yang benar dan sahih. Sebarang maklumat yang tidak benar akan membuatkan permohonan ditolak dan tidak diterima.
Bagi permohonan yang diluluskan, pembayaran bantuan ini akan dibuat secara terus ke akaun penerima.
Bagi maklumat terperinci berkenaan Bantuan Khas Kemasukan IPT Siswa (BKKIS) sila lihat di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan – DI SINI.
Info Tambahan
Selain BKKIS, sebuah lagi bantuan yang telah diperkenalkan adalah Bantuan Sara Hidup bagi mahasiswa anak Negeri Sembilan dari keluarga berpendapatan isi rumah bawah RM5,000.
Bantuan ini terbuka kepada mereka yang lahir di Negeri Sembilan. Manakala, bagi yang bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi telah menetap dan bersekolah di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 6 tahun – pembuktian boleh dibuat dengan mengemukakan Sijil Tamat Berhenti Sekolah Rendah dan Menengah ketika membuat permohonan.
Bagi maklumat lanjut tentang Bantuan Sara Hidup ini, sila lihat di Portal Yayasan Negeri Sembilan – DI SINI.



