Bantuan e-Tunai RM300 automatik setiap bulan: Ini cara daftar dengan telefon masing-masing

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai BINGKAS dalam bentuk e-Tunai sebanyak RM300 secara automatik pada setiap bulan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan e-Tunai RM300

BINGKAS pada asasnya merupakan bantuan kewangan e-Tunai sebanyak RM300 kepada mereka yang layak, bagi digunakan membeli barangan keperluan harian.

E-Wallet berkenaan boleh digunakan di kedai dan pasaran berdaftar, secara tanpa tunai dengan had bulanan sebanyak RM300.

Akan tetapi, baki nilai terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan dan nilai bantuan akan ditetapkan ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor;
  • Keluarga mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000/sebulan.
  • Advertisement
    Advertisement

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Mendaftar

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, pendaftaran BINGKAS boleh dibuat secara atas talian melalui laman web rasminya atau telefon pintar masing-masing.

Pendaftaran melalui laman web boleh dibuat seperti berikut:

  • Layari Portal Rasmi BINGKAS dan klik ‘Daftar Permohonan’
  • Tekan pautan ‘Daftar Sekarang’ dan daftar untuk teruskan;
  • Masukkan nombor telefon;
  • Isi maklumat di ruang yang disediakan dan klik ‘Daftar’
  • Muat naik dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan;
  • Klik ‘Hantar’.

Pendaftaran melalui Aplikasi Selangkah pula boleh dibuat seperti berikut:

  • Muat turun aplikasi Selangkah;
  • Buka aplikasi dan isi maklumat di bahagian yang disediakan;
  • Muat naik dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan;
  • Klik ‘Hantar’.

Bagi maklumat lengkap tentang BINGKAS dan permohonan, ia boleh diteliti DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *