Pendapatan Dalam Kategori Yang Memerlukan. Ini Cara Memohon Bantuan Am RM350 Sebulan

Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.

Bukan sahaja Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri tertentu telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.

Salah satu bantuan yang ramain terlepas pandang adalah Bantuan Am yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.

Manfaat Bantuan Am

Untuk maklumat, pemberian bantuan sementara diberikan kepada rakyat Selangor yang layak sehingga RM350 sebulan untuk mendapatkan keperluan asas sekiranya berhadapan dengan masalah kehidupan yang tidak boleh dielakkan.

Tujuan program ini didasarkan adalah untuk membantu rakyat Selangor yang berkelayakan meneruskan kelangsungan hidup sewaktu dalam kesulitan.

Jumlah Bantuan

Sehingga RM350 sebulan

Maklumat Lanjut: https://ssipr.selangor.gov.my/kebajikan/bantuan-kebajikan-masyarakat-bantuan-am/

Syarat-Syarat Kelayakan

Rakyat Selangor yang layak memohon untuk program ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan rakyat Negeri Selangor. Sekiranya bukan rakyat Negeri Selangor, pemohon mesti bermastautin melebihi tempoh 10 tahun di Negeri Selangor;
  2. Golongan tidak berkemampuan dan berkeperluan yang tidak memenuhi syarat-syarat skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang lain

Faktor-faktor lain yang juga diambil kira adalah:

  • bilangan anak / tanggungan
  • tahap ketidakupayaan ketua keluarga
  • keadaan rumah kediaman
  • kecacatan atau keuzuran disebabkan oleh penyakit
  • Faktor-faktor munasabah lain serta pemohon boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon / keluarga tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,500 atau Pendapatan Perkapita tidak melebihi RM350 sebulan

Cara Memohon Bantuan

Untuk mereka yang berkelayakan, anda boleh memdaftar akaun di pautan berikut: https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register

 

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *