Jawatan Kosong Lembaga Pertubuhan Peladang Tahun 2026: Pengambilan Seluruh Malaysia

Peluang kerjaya kini dibuka kepada individu yang berkelayakan, bersemangat tinggi dan komited dalam membina masa depan profesional. Hebahan ini ditujukan kepada mereka yang memiliki kemahiran relevan, sikap positif serta keupayaan bekerja dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar.

Jawatan yang ditawarkan memberi ruang untuk menimba pengalaman, memperkukuh kemahiran serta mengembangkan potensi diri ke tahap lebih tinggi.

Calon yang berminat digalakkan untuk merebut peluang ini sebagai langkah penting dalam perkembangan kerjaya. Jangan lepaskan peluang untuk memohon dan meneroka prospek pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.

Jawatan Kosong Lembaga Pertubuhan Peladang

  1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI (GRED E9)
  2. JURUAUDIT (GRED W9)
  3. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI (GRED E5)
  4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED FA5)
  5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N5)
  6. PEMBANTU EHWAL EKONOMI (GRED E1)
  7. PEMBANTU AKAUNTAN (GRED W1)
  8. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) (GRED N1)
  9. PEMBANTU KHIDMAT AM (GRED H1)
  10. PEMBANTU KESELAMATAN (GRED KP1)
  11. JURUTEKNIK KOMPUTER (GRED FT1)

Syarat-Syarat Kelayakan

PEGAWAI EHWAL EKONOMI (GRED E9)

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM2,250.00); atau
  • Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM2,470.00); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM2,690.00); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM3,020.00); atau
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM3,020.00); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM3,130.00); atau
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred DUG13P: RM3,240.00).

JURUAUDIT (GRED W9)

  • Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W9: RM2,470.00); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W9: RM3,020.00); atau
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W9: RM3,020.00); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W9: RM3,130.00); atau
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred W9: RM3,240.00).

PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI (GRED E5)

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Prinsipal subjek Ekonomi atau Matematik. (Gaji permulaan ialah pada Gred E5: RM1,650.00); atau
  • Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E5: RM1,650.00); atau
  • Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred E5: RM1,731.00); atau
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred E5: RM1,812.00); atau
  • Diploma dalam bidang Statistik, Matematik atau Sains Aktuari yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E5: RM1,893.00).

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED FA5)

  • Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer atau Sijil dalam bidang Prosesan Data yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1,650.00); atau
  • Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1,731.00); atau
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1,812.00); atau
  • Diploma Sains Komputer, Diploma Teknologi Maklumat atau Diploma Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1,974.00).

PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N5)

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau
  • Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,893.00).

Syarat-syarat kelayakan bagi jawatan-jawatan seterusnya boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosngan jawatan seperti dinyatakan di bahagian “Cara Memohon”.

Cara Memohon

Bagi permohonan jawatan-jawatan kosong ini, ia boleh dilaksanakan secara atas talian melalui Portal MyFutureJobs. Bagi calon-calon dalaman pula, permohonan boleh dikemukakan dengan mengisi “Borang Permohonan Pekerjaan” yang boleh didapati di laman web LPP dengan disertakan salinan sijil akademik / transkrip dan sijil yang berkaitan.

Segala maklumat yang diberikan ketika permohonan hendaklah tepat, benar dan sahih. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil menghadiri temuduga.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Maklumat lanjut dan terperinci berkenaan jawatan-jawatan kosong ini sila lihat hebahan rasmi dengan melayari Portal Rasmi Lembaga Pertubuhan Peladang – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *