Senarai Bantuan Kerajaan Yang Dikreditkan / Dibayar Minggu Ini (9 – 15 Februari 2026)
Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada kestabilan sosial dan ekonomi negara. Namun, dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, kedua-dua golongan ini berdepan pelbagai cabaran yang memberi kesan langsung kepada kualiti hidup harian. Keperluan mereka bukan sekadar tertumpu kepada pendapatan semata-mata, malah merangkumi aspek perlindungan sosial, pendidikan, kesihatan dan keselamatan kewangan jangka panjang.
Bagi golongan B40, keperluan asas seperti makanan, perumahan, utiliti dan pengangkutan menjadi keutamaan utama. Kenaikan harga barangan keperluan harian sering menyebabkan perbelanjaan bulanan tidak seimbang dengan pendapatan. Ramai dalam kalangan mereka juga bekerja dalam sektor tidak formal atau bergaji harian, menjadikan pendapatan tidak menentu dan sukar untuk membuat simpanan. Oleh itu, bantuan kewangan kerajaan, subsidi bersasar, serta akses kepada perumahan mampu milik amat penting bagi memastikan golongan ini tidak terus terpinggir.
Selain itu, akses kepada perkhidmatan kesihatan dan perlindungan kewangan juga merupakan keperluan mendesak golongan B40. Kos rawatan yang tinggi boleh menyebabkan mereka terperangkap dalam kitaran hutang. Perlindungan asas seperti insurans perubatan kos rendah, bantuan perubatan kerajaan dan skim perlindungan sosial mampu memberi kelegaan dan rasa selamat kepada isi rumah B40.
Golongan M40 pula sering dianggap berada dalam zon selesa, namun hakikatnya mereka juga terhimpit dengan tekanan kos sara hidup. Perbelanjaan untuk pendidikan anak-anak, pinjaman perumahan, kenderaan dan komitmen bulanan lain semakin meningkat. Walaupun tidak layak menerima banyak bantuan kerajaan, pendapatan mereka sering tidak cukup untuk menampung gaya hidup bandar dan keperluan keluarga yang semakin kompleks.
Keperluan utama golongan M40 adalah kestabilan kewangan jangka panjang. Ini termasuk peluang untuk meningkatkan pendapatan, akses kepada pendidikan berkualiti, serta perancangan kewangan yang lebih kukuh seperti simpanan persaraan dan perlindungan insurans. Tanpa sokongan dan perancangan yang baik, golongan M40 berisiko tergelincir ke dalam kategori B40 apabila berdepan kecemasan kewangan seperti kehilangan pekerjaan atau masalah kesihatan.
Secara keseluruhannya, keperluan golongan B40 dan M40 perlu dilihat secara menyeluruh dan berterusan. Dasar yang inklusif, peluang ekonomi yang adil serta kesedaran tentang kepentingan perlindungan kewangan adalah kunci untuk memastikan kedua-dua golongan ini mampu menjalani kehidupan yang lebih stabil, sejahtera dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran masa hadapan.
Oleh itu, pelbagai inisiatif, program dan bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu dua golongan ini dalam mendapati cabaran kos sara hidup. Berikut adalah senarai bantuan yang akan dibayar / dikreditkan minggu ini (9 – 15 Februari 2026).
Senarai Bantuan / Inisiatif Mingggu 9 – 15 Januari 2026
1. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 ‘one-off’
Sumbangan Asas Rahmah atau SARA adalah sebuah bantuan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia membeli barangan keperluan harian. Bagi seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira status pendapatan – mereka akan menerima SARA sebanyak RM100 secara ‘one-off’ bermula pada 9 Januari 2026.
Pemberian bantuan ini dibuat dengan cara ia dikreditkan terus ke Kad Pengenalan (MyKad) penerima dan ia kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan harian secara tanpa tunai. Pembelian boleh dibuat di lebih daripada 8,400 rakan niaga di seluruh negara seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Antara barangan yang boleh dibeli pula adalah beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, barang kebersihan kelengkapan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
Dimaklumkan bahawa rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas adalah layak secara automatik menerima bantuan ini. Ia juga termasuk bagi penerima SARA yang sedia ada.
2. Skim Mesra
Skim Mesra adalah salah satu dari inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan negeri Selangor. Di bawah skim ini, terdapat dua kategori penerima utama iaitu golongan warga emas – dikenali sebagai Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan golongan OKU – dikenali sebagai Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).
Manfaat utama skim ini adalah baucar membeli belah sebanyak RM150 yang akan diberikan kepada setiap penerima (yang diluluskan permohonan mereka) mengikut bulan kelahiran penerima.
Baucar itu boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahaja dan hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat. Penebusan boleh dibuat melalui Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Berikut adalah jadual penebusan Skim Mesra:
- Ahli lahir pada bulan Januari, Februari & Mac
- Tuntutan baucar boleh dibuat mulai Februari – 31 Mac 2026
- Ahli lahir pada bulan April, Mei & Jun
- Tuntutan baucar boleh dibuat mulai 1 April – 30 Jun 2026
- Ahli lahir pada bulan Julai, Ogos & September
- Tuntutan baucar boleh dibuat mulai 1 Julai – 30 September 2026
- Ahli lahir pada bulan Oktober, November & Disember
- Tuntutan baucar boleh dibuat mulai 1 Oktober – 31 Disember 2026



