Cara Mudah Beli BUDI95 Dengan Setel Petronas, TNG e-Wallet dan CaltexGo
Dalam era moden hari ini, petrol menjadi salah satu keperluan utama yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Hampir setiap aspek kehidupan bergantung kepada sumber tenaga ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Kenderaan persendirian seperti kereta dan motosikal memerlukan petrol untuk bergerak, manakala sektor pengangkutan awam juga masih banyak menggunakan bahan api ini sebagai sumber tenaga utama. Tanpa petrol, aktiviti harian seperti pergi bekerja, menghantar anak ke sekolah, atau menguruskan urusan perniagaan pastinya terjejas dengan serius.
Selain itu, industri turut menunjukkan kebergantungan yang tinggi terhadap petrol. Banyak mesin, jentera pembinaan, kapal, dan pesawat bergantung kepada petrol atau produk turunannya untuk beroperasi. Ia bukan sahaja memacu pertumbuhan ekonomi tetapi juga memainkan peranan dalam memastikan rantaian bekalan global berjalan lancar. Keperluan ini menjadikan petrol sebagai faktor penting dalam kestabilan ekonomi sesebuah negara.
Tambahan pula, petrol juga memberi kesan besar terhadap harga barangan dan kos sara hidup. Apabila harga petrol meningkat, kos pengangkutan dan pengeluaran turut naik, sekali gus mempengaruhi harga barangan di pasaran. Hal ini menunjukkan betapa petrol bukan sekadar bahan api, tetapi turut menjadi penentu kepada kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Namun begitu, penggunaan petrol yang tinggi juga menimbulkan cabaran dari segi pencemaran alam sekitar dan perubahan iklim. Oleh sebab itu, banyak negara kini berusaha mengimbangi keperluan petrol dengan memperkenalkan tenaga alternatif seperti elektrik dan biofuel. Walau bagaimanapun, buat masa ini, petrol masih kekal sebagai sumber tenaga utama yang amat diperlukan dalam kehidupan seharian.
Di Malaysia, pihak Kerajaan telah memperkenalkan program subsidi bersasar RON95 yang dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
BUDI MADANI RON95 (BUDI95)
BUDI95 diperkenalkan bagi menangani ketirisan disebabkan penyeludupan dan subsidi yang diberi kepada bukan warganegara, dengan menaikkan harga runcit RON95 kepada tahap tanpa subsidi,
Manakala, bagi warganegara Malaysia – mereka boleh terus menikmati petrol RON95 dengan harga bersubsidi yang lebih rendah iaitu pada kadar RM1.99. Oleh itu, ia akan memastikan hanya rakyat Malaysia sahaja yang layak menerima subsidi petrol RON95 daripada Kerajaan, berbanding subsidi pukal yang sebelum ini berisiko untuk ditiriskan oleh penyeludup dan warganegara asing.
BUDI95 juga membolehkan rakyat negara ini menikmati harga petrol RON95 yang lebih rendah. Penjimatan daripada program BUDI95 ini turut dapat diagihkan semula untuk manfaat rakyat Malaysia seperti melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA.
Kelayakan BUDI95 adalah seperti berikut:
- Semua warganegara Malaysia dengan lesen memandu aktif layak:
- Lesen Memandu Kompeten (CDL) (Kelas kenderaan A, A1, B, B1, B2, C, D dan DA); atau
- Lesen Memandu Percubaan (PDL) (Kelas kenderaan A, A1, B, B1, B2, C, D dan DA); atau
- Lesen Belajar Memandu (LDL) (Kelas kenderaan A, B, B1, B2 dan C).
Cara Membeli BUDI95
Pembelian BUDI95 pada harga RM1.99 seliter ditetapkan dengan had sebanyak 300 liter setiap bulan. Pembelian pula boleh dibuat dengan pelbagai kaedah iaitu sama ada secara manual dengan membayar di kaunter, melalui terminal di stesen minyak, TNG e-Wallet atau melalui aplikasi syarikat minyak.
Bagi pembelian melalui TNG e-Wallet dan aplikasi syarikat minyak, berikut adalah caranya:
TNG e-Wallet
Untuk pembelian melalui TNG e-Wallet, pengguna perlu memastikan bahawa mereka telah memuat turun aplikasi ini di telepon pintar masing-masing dan membuat pendaftaran.
Ketika membuat pendaftaran, pengguna turut perlu mengesahkan identiti dengan memuat naik MyKad dan sebagainya. Setelah disahkan, maka pengguna boleh membuat pembelian BUDI95 seperti langkah-langkah berikut:
- Anda perlu melakukan e-KYC sekali sahaja untuk membenarkan fungsi BUDI95;
- Untuk transaksi seterusnya, anda disahkan layak dan mempunyai baki kelayakan BUDI95 yang mencukupi;
- Anda perlu memilih stesen minyak yang tepat dan nombor pam yang dikehendaki;
- Anda perlu memilih jumlah minyak RON95 yang ingin dibeli dalam Ringgit Malaysia (contoh: RM50) dan dihantar ke CDB untuk pengesahan;
- Anda perlu mengemukakan kod QR TNGD yang dipaparkan kepada juruwang untuk diimbas sebagai bukti pembayaran dan memasukkan butiran ke dalam sistem (jika disokong). Jika fungsi tersebut tidak disokong, juruwang hendaklah memasukkan butiran pembelian seperti tertera di aplikasi TNGD pelanggan.
- Pam diaktifkan dan anda boleh meneruskan untuk mengisi minyak.
Aplikasi Setel PETRONAS
Pengguna boleh memuat turun aplikasi Setel secara percuma dari Apple Store untuk pengguna iOS dan Google Play Store untuk pengguna Android. Setelah itu, penguna perlu membuat pendaftaran dan pengesahan identiti seperti mana yang ditetapkan.
Pembelian BUDI95 boleh dibuat seperti langkah berikut:
- Buka aplikasi sebaik sahaja anda tiba di mana-mana stesen PETRONAS. Aplikasi ini akan mengesan lokasi stesen secara automatik melalui GPS;
- Tekan butang “Purchase Fuel”;
- Pilih nombor pam: Di stesen PETRONAS, buka aplikasi Setel dan tentukan nombor pam yang anda ingin gunakan;
- Tetapkan jumlah isian: Pilih nilai wang untuk pengisian atau pilih ‘Isian Penuh’ jika mahu mengisi tangki sepenuhnya;
- Sahkan pembayaran: Masukkan PIN 6 digit anda atau gunakan pengesahan cap jari untuk melengkapkan transaksi;
- Mulakan pengisian: Selepas pembayaran berjaya, pam akan diaktifkan. Anda boleh keluar dari kenderaan dan mengisi minyak seperti biasa.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Aplikasi CaltexGo
Setelah memuat turun, mendaftar dan mengesahkan identiti – pembelian BUDI95 boleh dibuat seperti berikut:
- Matikan enjin kenderaan dan tekan “Pump & Pay” pada skrin utama untuk mula isi minyak;
- Pastikan fungsi lokasi telefon diaktifkan kerana CaltexGO akan mengesahkan lokasi anda secara automatik;
- Pilih nombor pam daripada senarai yang dipaparkan dan tekan “Continue”. Setelah selesai mengisi minyak dan paip pam dipulangkan, tunggu CaltexGO mengesahkan butiran transaksi;
- Semak serta sahkan kaedah pembayaran dan pilihan program kesetiaan anda. Sebarang promosi, diskaun atau baucar yang layak akan ditolak secara automatik. Tekan “Pay” untuk melengkapkan pembayaran;
- Tunggu sehingga paparan “Payment Success” muncul sebagai tanda pembayaran berjaya.
Bagi maklumat lebih lengkap dan terperinci berkenaan BUDI95, ia boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.