RM500 – RM1,000 Diberikan ‘One-Off’: Permohonan Bantuan Sara Diri Dibuka Sehingga Akhir Bulan Ini

Menjadi seorang mahasiswa bukan sahaja tentang mengejar ilmu di menara gading, tetapi juga tentang membentuk jati diri, mengurus kehidupan, serta menyediakan diri untuk menghadapi cabaran masa depan. Dalam tempoh ini, mahasiswa berdepan pelbagai keperluan yang bukan sekadar terbatas kepada akademik, malah merangkumi aspek kewangan, emosi, sosial, dan juga kemahiran insaniah. Keperluan-keperluan ini penting kerana ia akan mempengaruhi tahap pencapaian, kesejahteraan serta pengalaman sepanjang tempoh pengajian.

Dari sudut akademik, mahasiswa memerlukan bahan pembelajaran yang lengkap, akses kepada teknologi, serta bimbingan pensyarah yang berkesan. Tanpa sokongan ini, mereka mungkin berdepan kesukaran untuk memahami ilmu yang diajar dan mengaplikasikannya dalam kehidupan sebenar. Selain itu, keperluan kewangan juga menjadi faktor utama kerana kos sara hidup, yuran pengajian, dan perbelanjaan harian sering menjadi cabaran yang berat, khususnya bagi mereka daripada keluarga berpendapatan rendah.

Namun begitu, kehidupan mahasiswa tidak hanya tertumpu pada pembelajaran. Mereka juga perlu memenuhi keperluan sosial dan emosi. Sokongan daripada rakan sebaya, aktiviti kokurikulum, serta peluang membina jaringan hubungan akan membantu mereka mengasah kemahiran komunikasi, kepimpinan, dan keyakinan diri. Pada masa sama, kesihatan fizikal dan mental juga merupakan aspek penting yang sering kali terlepas pandang.

Oleh itu, memahami keperluan mahasiswa secara menyeluruh adalah kunci untuk memastikan mereka bukan sahaja berjaya dalam akademik, tetapi juga menjadi individu yang seimbang dan bersedia menyumbang kepada masyarakat.

Bagi meringankan beban mahasiswa, pelbagai insiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan. Antaranya adalah melalui Bantuan Sara Diri 2025.

Bantuan Sara Diri 2025

Bantuan Sara Diri adalah sebuah inisiatif yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri Perak bagi meringankan beban mahasiswa di negeri berkenaan.

Kadar bantuan ini ditetapkan seperti berikut:

  • RM500: Pelajar Diploma
  • RM700: Pelajar Ijazah Sarjana Muda
  • RM800: Pelajar Ijazah Sarjana
  • RM1,000: Pelajar peringkat Doktor Falsafah (PhD)

Kriteria Kelayakan Bantuan Sara Diri

  • Anak kelahiran Negeri Perak (Warganegara Malaysia) seperti berikut:
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung); atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung)
  • Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  • Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) daripada setiap IPT tidak layak untuk memohon bantuan ini;
  • Pelajar di peringkat Pra-Universiti, Sijil dan daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak layak untuk memohon bantuan ini;
  • Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan penghulu / ketua kampung / wakil rakyat / pegawai kerajaan kelas A / Pegawai HEP IPT;
  • Isi Rumah (Ibu dan Bapa / Penjaga / Pemohon / Pasangan) keluarga berpendapatan RM5,000 dan kebawah (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja / berkahwin, sila lampirkan salinan pendapatan sendiri / pasangan;
  • Mahasiswa memperolehi PNG 3.00 dan ke atas bagi semester terkini;
  • Semua permohonan wajib dihantar melalui permohonan secara atas talian dan secara serahan kaunter / pos. (Sila rujuk langkah-langkah permohonan);
  • Pemberian setahun sekali sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.

Cara Memohon

Permohonan Bantuan Sara Diri boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak.

Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut ketika membuat permohonan:

  • BORANG PERAKUAN DAN SENARAI SEMAK: Borang perakuan dan Senarai Semak ini boleh dimuat turun di laman web EHEYNS dan wajib disertakan bersama-sama dokumen yang diperlukan.
  • Salinan KAD PENGENALAN (Mykad) pelajar, ibu dan bapa / penjaga /pasangan yang lahir di Perak.
  • Salinan KAD PELAJAR.
  • Salinan PENYATA AKAUN BANK pelajar yang aktif.
  • SALINAN TRANSKRIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN bagi semester terkini. Bagi pelajar Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam mod penyelidikan, sila lampirkan surat pengesahan sedang belajar dari institut pengajian.
  • PENYATA PENDAPATAN (isirumah) bapa & ibu / penjaga / pemohon / pasangan. Sekiranya pesara, sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri / tidak bekerja (termasuk suri rumah), sila dapatkan pengesahan pendapatan / pengesahan tidak bekerja. Penerimaan penyata pendapatan hanya bagi tahun semasa sahaja.
  • Salinan SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN/ SIJIL KEMATIAN/ SIJIL BERCERAI (jika berkaitan).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dokumen-dokumen ini hendaklah dimuat naik dalam format PDF semasa membuat permohonan secara atas talian. Semua dokumen juga perlu disahkan oleh PENGHULU/ KETUA KAMPUNG / WAKIL RAKYAT / PEGAWAI KERAJAAN KELAS A / PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR (HEP) IPT.

Selepasd itu, dokumen-dokumen itu perlu DIHANTAR ke PEJABAT PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENGAJIAN TINGGI, BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK melalui POS / SERAHAN KAUNTER selepas membuat permohonan secara atas talian.

Permohonan Bantuan Sara Diri ini dibuka sehingga 30 September 2025.

Maklumat lebih terperinci tentang Bantuan Sara Diri, sila rujuk di Portal EHEYNS – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *