Bantuan SKR Dikreditkan Terus Ke Akaun Penerima: RM300 Dibayar Bulan Ini (September 2025)

Dalam landskap sosioekonomi Malaysia hari ini, isu kebajikan golongan B40 sering menjadi topik penting yang mendapat perhatian masyarakat dan pihak kerajaan. Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di negara ini, yang kebanyakannya berhadapan dengan cabaran kos sara hidup, akses terhadap pendidikan, peluang pekerjaan, serta kemudahan kesihatan.

Mereka bukan sahaja bergelut untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian, malah sering kali terpaksa berhadapan dengan keadaan yang menekan apabila berlaku kecemasan kewangan, seperti sakit, kemalangan atau kehilangan pekerjaan. Oleh itu, usaha menjaga kebajikan mereka menjadi asas penting dalam memastikan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.

Kerajaan Malaysia bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO) serta pelbagai pihak swasta telah merangka dan melaksanakan pelbagai bentuk bantuan bagi memastikan golongan ini tidak terus terpinggir. Bantuan tunai langsung, skim perlindungan kesihatan, subsidi pendidikan, serta program latihan kemahiran adalah antara inisiatif yang diwujudkan untuk mengurangkan beban hidup mereka.

Malah, dalam situasi mencabar dan ketidaktentuan ekonomi global, sokongan kebajikan ini semakin kritikal bagi menjamin kelangsungan hidup golongan B40. Ia bukan sekadar membantu dari sudut kewangan, tetapi juga berfungsi sebagai batu loncatan untuk mereka keluar daripada kitaran kemiskinan.

Selain daripada bantuan berbentuk material, kebajikan golongan B40 juga merangkumi aspek pembangunan sosial dan mental. Program komuniti, sokongan psikososial, dan bimbingan kerjaya mampu memberikan mereka keyakinan serta semangat baharu untuk meningkatkan taraf hidup. Dalam hal ini, peranan masyarakat sekitar juga amat penting. Konsep tolong-menolong, budaya prihatin, serta semangat muafakat boleh membantu golongan B40 merasai bahawa mereka tidak keseorangan dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Secara keseluruhannya, usaha memperkukuhkan kebajikan golongan B40 bukan sahaja memberi manfaat kepada kumpulan itu sendiri, malah menyumbang kepada pembangunan negara secara holistik. Dengan adanya jaringan sokongan yang mantap, peluang lebih luas untuk meningkatkan pendapatan, serta akses kepada kemudahan asas yang lebih baik, golongan ini berpotensi untuk melangkah keluar daripada belenggu kesusahan.

Kebajikan bukan semata-mata tentang memberi, tetapi tentang membina asas yang kukuh agar mereka dapat berdikari, menyumbang semula kepada masyarakat, dan bersama-sama menikmati hasil pembangunan negara.

Dalam masa sama, terdapat pelbagai jenis bantuan bulanan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Program Sentuhan Kasih Rakyat (SKR)

Program Sentuhan Kasih Rakyat (SKR) merupakan sebuah program bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri Sabah bagi meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas dan membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar.

Program ini juga bertujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah serta sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.

Syarat-syarat kelayakan SKR adalah seperti berikut:

  • Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
  • Warganegara Malaysia; dan
  • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu tahun; dan
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Bagi kategori miskin
    • Ketua Isi Rumah sahaja (seorang penerima); atau
  • Bagi kategori miskin tegar
    • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak sebagai penerima; atau
    • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah / anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima masih di bawah paras kemiskinan tegar walaupun telah menerima bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat.

Kadar Bantuan SKR

Kadar bantuan SKR ini ditetapkan sebanyak RM300 setiap bulan dengan pembayaran RM900 setiap fasa. Jadual pembayarannya adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 (Januari – Mac) : RM900
  • Fasa 2 (April – Jun) : RM900
  • Fasa 3 (Julai – September) : RM900
  • Fasa 4 (Oktober – Disember) : RM900

Kaedah pembayarannya pula adalah dengan salah-salah tu cara berikut:

  • Disalurkan terus ke akaun bank penerima; atau
  • Diberikan secara tunai; atau
  • Dikreditkan dalam e-Wallet YONO.

Permohonan Bantuan SKR

Bagi permohonan baru SKR, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) di Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS). Sekiranya permohonan diterima dan diluluskan, pembayaran SKR akan dibuat kepada para penerima.

Dimaklumkan bahawa sebarang transaksi hanya akan dilakukan kepada akaun bank penerima yang layak sahaja. Penggunaan akaun individu lain adalah tidak dibenarkan melainkan syarat-syarat tertentu.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Manakala, bagi penerima yang layak tetapi masih belum menerima bantuan, faktor isu tersebut adalah disebabkan maklumat akaun bank yang kurang tepat/salah. Oleh itu, pemohon perlu membuat kemaskini maklumat dalam kadar segera.

Bagi maklumat lebih terperinci berkenaan Sentuhan Kasih Rakyat (SKR), sila lihat di Portal PADANS – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *