RM200 Dibayar Ke Akaun Bank Penerima Mulai 8 Ogos 2025 Ini: Maklumat Lengkap Bantuan Budi Madani
Dalam kehidupan moden hari ini, kos sara hidup semakin menjadi topik perbualan utama di kalangan rakyat. Kenaikan harga barangan asas, perkhidmatan, dan pelbagai keperluan lain membuatkan ramai terpaksa menyesuaikan cara hidup agar perbelanjaan harian dapat dikawal. Tidak kira sama ada anda tinggal di bandar atau luar bandar, impak peningkatan kos ini tetap terasa. Antara faktor utama yang menyumbang kepada kos sara hidup ialah harga barangan makanan, bil utiliti, sewa rumah, dan tidak kurang juga kos pengangkutan.
Kos minyak kenderaan misalnya, memainkan peranan besar dalam perbelanjaan bulanan, terutamanya bagi mereka yang bergantung kepada kenderaan sendiri untuk bekerja atau berniaga. Kenaikan harga minyak walaupun dalam jumlah kecil boleh memberi kesan berantai, kerana ia mempengaruhi kos penghantaran, logistik, dan seterusnya harga barangan di pasaran. Bagi pekerja yang berulang-alik jauh setiap hari, kos bahan api boleh menjadi salah satu perbelanjaan terbesar selepas komitmen seperti pinjaman rumah atau kereta.
Selain itu, perbelanjaan lain seperti penyelenggaraan kenderaan, tol, dan insurans turut menambah beban kewangan. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, ramai terpaksa mencari jalan untuk berjimat, sama ada dengan mengurangkan penggunaan kenderaan, berkongsi perjalanan, atau memilih pengangkutan awam sebagai alternatif.
Kesedaran mengenai pengurusan kewangan yang baik menjadi semakin penting agar setiap individu dapat menyesuaikan diri dengan cabaran kos sara hidup masa kini. Perancangan yang teliti bukan sahaja membantu mengawal perbelanjaan, malah memberi ruang untuk simpanan dan persediaan menghadapi situasi kecemasan.
Antara usaha Kerajaan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan adalah melalui sebuah program yang dikenali sebagai BUDI MADANI. Ini adalah maklumat lanjut tentang bantuan berkenaan.
Bantuan Budi Madani
BUDI MADANI pada asasnya merupakan usaha pihak Kerajaan bagi memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang benar-benar layak. Ia adalah sebahagian dari usaha menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
Di bawah program ini, terdapat dua kategori utama iaitu BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Individu. Berikut adalah maklumat lanjutnya.
BUDI Agri-Komoditi
BUDI Agri-Komoditi adalah sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Kategori ini adalah khusus untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil (Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Bantuan ini adalah sebanyak RM200 setiap bulan. Syarat-syarat kelayakan BUDI Agri-Komoditi adalah:
- Petani Kecil
- Warganegara Malaysia;
- Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem pendaftaran GeoAgro ataupun telah berdaftar dengan agensi berkaitan iaitu:
- Sektor tanaman dengan Jabatan Pertanian Malaysia (tidak termasuk pesawah padi)
- Sektor ternakan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan
- Sektor akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia (tidak termasuk nelayan);
- Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000.
- Pekebun Kecil
- Warganegara Malaysia;
- Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan & Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pekebun kecil persendirian, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Lada Malaysia;
- Sebagai panduan, pekebun kecil melibatkan keluasan tanah yang dimiliki dan diusahakan mengikut sektor komoditi /jenis tanaman seperti berikut:
- Pekebun kecil Sawit persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
- Pekebun kecil Getah persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
- Pekebun kecil Koko, Lada dan Kenaf persendirian: keluasan 2.5 hektar ke bawah
- Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pekebun kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000.
BUDI Individu
BUDI Individu pula adalah sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Kategori ini khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia. Kadar Budi Individu juga adalah sebanyak RM200 dan diberikan setiap bulan.
Syarat-syarat kelayakannya seperti berikut:
- Pemohon
- Warganegara Malaysia; dan
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah;
- Kriteria Pemilikan Kenderaan
- Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
- Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) aktif;
- Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
- Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
- Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI Individu
- Motosikal diesel;
- Kenderaan persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan;
- Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun.
- Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing;
- Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.
Cara Memohon
Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan BUDI MADANI boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi BUDI MADANI.
Bagi yang diluluskan permohoannya, pembayaran RM200 akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima. Manakala, bagi yang tidak mempunyai akaun bank – pembayaran akan dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi maklumat lebih lengkap dan terperinci berkenaan BUDI MADANI, sila lihat di Portal Rasminya – DI SINI.