Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan: Cara Memohon

Perkhidmatan Awam – Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan kini sedang membuka pengambilan kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain. Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan- jawatan yang dibuka: –

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) GRED DH12 DAN DH9

  • Bidang:
    • Ukur Bahan
    • Kimia
    • Fizik
    • Media Baru
    • Teknologi Maklumat (Teknologi Permainan)
    • Insurans
    • Pemasaran

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan jawatan;
  • Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Calon bagi lantikan dengan kelayakan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Skop Fungsi dan Bidang Tugas

  • Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH5, DH6, DH8, DH9, DH10, DH12, DH13, DH14 di politeknik dan kolej komuniti yang menjalankan tugas sebagai tenaga pengajar;
  • Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH10, DH12, DH13, DH14 di politeknik dan kolej komuniti yang menjalankan tugas sebagai tenaga pengajar di samping tugas- tugas pengurusan;
  • Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH9, DH10 dan DH12di politeknik dan kolej komuniti yang melaksanakan tugas-tugas pengurusan;
  • Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH9, DH10, DH12, DH13, DH14 di KPT yang melaksanakan tugas-tugas pengurusan.

Kategori I – Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH5, DH6, DH8 (Tenaga Pengajar di Politeknik dan Kolej Komuniti)

  • Menyampaikan pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan aktiviti kokurikulum sekurang-kurangnya 16 jam seminggu atau sepertimana yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan merangkumi aspek-aspek berikut:
    • mentafsir/ melaksana kurikulum yang ditetapkan.
    • merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
    • menyedia bahan pengajaran dan pembelajaran.
    • menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (teori dan amali).
    • melaksana penilaian prestasi pelajar.
    • membuat penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa.

Kategori II – PPPT Gred DH10 (Melaksanakan Tugas Pengurusan di Politeknik dan Kolej Komuniti)

  • Menyampaikan/ memantau/ mengawal selia pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan aktiviti kokurikulum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam seminggu atau sepertimana yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan merangkumi aspek-aspek berikut:
    • memantau/ mengawal selia/ mentafsir/ melaksana kurikulum yang ditetapkan.
    • merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
    • memantau/ menyedia bahan pengajaran dan pembelajaran.
    • menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (teori dan amali).
    • memantau/ melaksana penilaian prestasi pelajar.
    • membuat penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa.

Kategori III – Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH9, DH10 di Politeknik dan KolejKomuniti (Melaksanakan Tugas Pengurusan)

  • Pengurusan Pelajar
    • Pengambilan Pelajar
      • melaksana proses pengambilan pelajar dan penempatan pelajar.
    • Hal Ehwal Kebajikan Pelajar
      • memantau/ mengurus hal ehwal kebajikan pelajar merangkumi aspek-aspek pengurusan asrama, bantuan kewangan pelajar, disiplin dan sebagainya.
    • Hal Ehwal Akademik Pelajar
      • memantau/ mengurus hal-ehwal akademik pelajar merangkumi aspek-aspek latihan industri, pengurusan kokurikulum, peperiksaan dan sebagainya
  • Pengurusan Organisasi
    • Melaksana pengurusan kualiti.
    • Mengurus kemudahan peralatan, pengurusan aset, infrastruktur, peralatan dan perisian ICT.
    • Menganggotai dan mengurus setia jawatankuasa yang berkaitan seperti Jawatankuasa Perolehan, Kewangan, Pelan Integriti Negara, Islam Hadhari, konvokesyen dan lain-lain sama ada di peringkat dalaman mahupunindustri.
    • Mengurus hal ehwal kewangan dan hal ehwal projek pembangunan organisasi.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan.

Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan secara dalam talian (online) di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Pemohon juga diingatkan untuk membaca terlebih dahulu Panduan Pengguna mySPP dan memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Hanya pemohon yang memenuhi syarat dan melepasi tapisan sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga.

Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.

Tarikh tutup permohonan pada 15 OGOS 2025.

Pemohon tidak dibenarkan untuk mengemas kini permohonan daripada tarikh tutup hebahan bermula 16 Ogos 2025 hingga 15 September 2025.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *