RM600 Dikreditkan Terus Ke Akaun Bank Sebelum 10 Ogos 2025: Maklumat Penuh Bantuan BWE 2025
Warga emas merupakan golongan berusia 60 tahun ke atas yang sepatutnya menikmati kehidupan tenang selepas bersara. Namun, bagi warga emas daripada kumpulan B40 — iaitu golongan berpendapatan rendah — usia senja seringkali datang bersama pelbagai cabaran. Tanpa simpanan mencukupi, ketiadaan perlindungan insurans dan kekangan kewangan menyebabkan kehidupan mereka terdedah kepada risiko kesihatan, kesunyian, dan kesempitan hidup.
Ramai warga emas B40 masih terpaksa bekerja dalam sektor tidak formal seperti berniaga kecil-kecilan, menjadi pengawal keselamatan, atau bekerja sambilan demi menampung keperluan harian. Ada juga yang hidup bergantung kepada bantuan anak-anak atau ihsan kerajaan. Walau bagaimanapun, tidak semua memiliki sokongan keluarga yang stabil, menjadikan mereka semakin terpinggir.
Dari segi kesihatan, kos perubatan yang meningkat menjadi beban besar. Warga emas lebih mudah terdedah kepada penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, dan masalah jantung. Tanpa insurans atau pencen tetap, mereka berdepan kesukaran mendapatkan rawatan berkualiti secara konsisten.
Kerajaan dan NGO ada menyediakan bantuan seperti skim i-Saraan KWSP, Bantuan Warga Emas JKM, dan pusat jagaan harian. Namun, cabaran utama adalah kesedaran dan akses kepada maklumat. Ramai warga emas, terutamanya di kawasan luar bandar, tidak tahu cara memohon atau tidak mempunyai kemudahan internet.
Justeru, amat penting masyarakat umum dan pihak berkaitan lebih cakna terhadap keperluan warga emas B40. Bantuan bukan sahaja dalam bentuk kewangan, tetapi juga sokongan emosi dan sosial. Mereka berhak melalui fasa akhir kehidupan dengan bermaruah, sejahtera dan dihargai.
Antara bantuan yang telah diperkenalkan bagi membantu golongan ini adalah melalui Bantuan Warga Emas atau BWE. Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan itu.
Bantuan Warga Emas (BWE)
Pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah inisiatif di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas (BWE).
Bantuan ini bertujuan untuk membantu golongan warga emas yang memerlukan dan meringankan beban harian mereka. Ia juga bagi memastikan mereka boleh meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Menerusi Belanjawan 2025, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar BWE kepada RM600 setiap bulan, berbanding RM500 sebelumnya.
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
- Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain/ penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa/ PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian/ berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma; ATAU
- Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Labuan (PKMN/WPKL/WPL).
Cara Memohon
Permohonan Bantuan Warga Emas (BWE) boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dengan mengisi borang permohonan yang disediakan.
Pemohon juga perlu membawa dokumen-dokumen berikut ketika mengemukakan permohonan:
- Salinan MyKad pemohon;
- Salinan MyKad/ MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Surat/ Penyata pendapatan daripada majikan; atau
- Akuan pendapatan daripada Penghulu/ Penggawa/ Pemimpin masyarakat atau mana-mana individu yang diangkat atau dipilih untuk memimpin dan mewakili masyarakat di peringkat setempat oleh Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan (Lampiran 4: Borang Pengesahan Pendapatan/ Pekerjaan) jika bekerja sendiri; ATAU
- Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri);
- Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat);
- Salinan penyata akaun bank terkini/ slip pengesahan akaun bank terkini; dan
- Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Pemohon hendaklah memastikan setiap maklumat yang diberikan adalah tepat, benar dan sahih. Setiap permohonan yang dikemukakan akan disiasat terlebih dahulu bagi memastikan pemohon benar-benar layak menerima bantuan yang ditetapkan.
Di negara ini, golongan warga emas ditakrifkan sebagai seseorang yang berumur 60 tahun dan ke atas. Takrifan ini digunapakai oleh Malaysia, berdasarkan takrifan dari World Assembly On Ageing, Vienna 1982.
Maklumat terperinci tentang Bantuan Warga Emas, boleh dirujuk di Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – DI SINI.