Bantuan Aidiladha RM500 Mula Dikreditkan Hari Ini (6 Jun 2025): Ini Maklumat Penuhnya
Hari Raya Aidiladha semakin menghampiri, dan seperti biasa, umat Islam di seluruh negara mula membuat persiapan bagi menyambut hari yang penuh bererti ini. Walaupun sering dikaitkan dengan ibadah tertentu, perayaan Aidiladha juga merupakan masa untuk kita memperkukuhkan hubungan sesama manusia, menghayati erti kesyukuran, serta memperbaiki diri dari segi rohani dan emosi.
Persiapan menjelang Aidiladha selalunya bermula dengan suasana rumah yang ingin dikemas dan dihias agar kelihatan segar dan berseri. Walaupun tidak semeriah sambutan Aidilfitri, Aidiladha tetap diraikan dengan penuh keikhlasan dan sederhana. Ramai yang mengambil peluang ini untuk mengadakan majlis kecil-kecilan bersama ahli keluarga atau jiran terdekat. Kebersamaan seperti ini penting untuk mengeratkan silaturrahim yang mungkin terabai akibat kesibukan harian.
Selain itu, ramai yang mula merancang hidangan istimewa untuk dinikmati bersama. Menu tradisional atau juadah kegemaran keluarga selalunya menjadi pilihan. Namun, penting juga untuk kita berjimat dan tidak berbelanja secara berlebihan. Aidiladha mengajar kita tentang kesederhanaan – jadi pastikan segala persiapan dilakukan mengikut kemampuan, tanpa membebankan diri sendiri.
Dalam kesibukan membuat persiapan fizikal, jangan lupa untuk menyiapkan diri secara rohani. Aidiladha memberi kita peluang untuk muhasabah diri – melihat semula pencapaian, kekurangan, dan bagaimana kita boleh menjadi insan yang lebih baik.
Bagi mereka yang tinggal berjauhan dengan keluarga, mungkin sambutan Aidiladha akan diraikan secara lebih ringkas. Namun, teknologi kini memudahkan hubungan. Panggilan video, mesej ucapan dan perkongsian gambar sudah cukup untuk mewujudkan rasa kehadiran walaupun berjauhan.
Akhir kata, sambutan Aidiladha bukan sekadar tentang pakaian baharu atau jamuan istimewa. Ia adalah masa untuk kembali kepada nilai-nilai asas kehidupan – keikhlasan, pengorbanan, kesyukuran dan kasih sayang.
Dalam masa sama, dalaam usaha membantu mereka yang memerlukan, terdapat bantuan-bantuan tertentu yang telah diperkenalkan bersempena dengan sambutan hari raya ini. Antaranya adalah dengan mengenalan Bantuan Aidiladha dan berikut adalah penjelasannya.
Bantuan Aidiladha RM500
Dalam satu kenyataan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengumumkan pemberian Bantuan Aidiladha sebanyak RM500.
Bantuan ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM16.65 juta dan akan disalurkan kepada 33,300 asnaf bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha.
Pembayaran bantuan itu akan dilaksanakan pada 6 Jun 2025 secara sekali gus atau ‘one-off’. Secara lebih tepat, bantuan itu akan diberikan kepada para penerima Bantuan Sara Hidup MAIWP.
Kaedahnya adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak. Oleh itu, bantuan ini tidak melibatkan sebarang permohonan – kerana ia diberikan secara automatik.
Diharapkan, bantuan ini dapat meringankan beban penerima dalam membuat persiapan menyambut Aidiladha.
Bantuan Tunai Aidiladha
Dalam masa sama, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) turut memperkenalkan bantuan bersempena sambutan Aidiladha yang dikenali sebagai Bantuan Tunai Aidiladha.
Bantuan ini akan diberikan dengan kadar sebanyak RM300 kepada asnaf miskin dan mualaf, serta RM400 pula kepada asnaf fakir. Pemberian bantuan ini dibuat secara automatik ke akaun penerima bermula pada 29 Mei 2025.
Berdasarkan maklumat, jumlah terkini asnaf yang mendaftar di Melaka adalah seramai 150 golongan fakir, 9,000 miskin dan 2,300 mualaf, berbanding tahun sebelumnya iaitu 114 fakir, 8,630 miskin dan 2,200 mualaf.
Diharapkan, bantuan tunai ini dapat memberikan kelegaan dan kegembiraan kepada golongan asnaf di negeri itu menjelang sambutan Aidiladha.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Info Tambahan
Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan RM6 juta untuk menyediakan 700 ekor lembu dan 1,000 ekor kambing bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kesemua haiwan ternakan itu akan diagihkan kepada penerima yang layak termasuk pengurusan tertinggi kerajaan negeri, masjid dan kumpulan komuniti tempatan.
Terdahulu, Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidiladha 1446 Hijrah pada haru Sabtu bersamaan dengan 7 Jun 2025.
Perkara itu diumumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd. Aseral Jusman.
“Tarikh 1 Zulhijjah 1446H adalah pada 29 Mei 2025, maka Hari Raya Korban atau Aidiladha pada 10 Zulhijjah 1446 bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Sabtu, 7 Jun 2025,” katanya.
Penetapan tarikh itu dibuat berdasarkan hasil cerapan anak bulan Zulhijjah yang telah dilakukan di 29 lokasi rasmi di seluruh negara, termasuk Bukit Jugra di Selangor, Teluk Kemang di Negeri Sembilan, dan Bukit Tanjong Batu di Sabah.