RM200 Mula Dikreditkan Ke Akaun Penerima 12 Mac 2025 Ini: Maklumat Penuh Bantuan iSejahtera
Dalam masyarakat yang semakin berkembang, masih terdapat golongan yang memerlukan perhatian khusus, seperti suri rumah, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), dan individu berpendapatan rendah. Golongan ini sering berhadapan dengan pelbagai cabaran, termasuk kekangan kewangan, akses kepada perkhidmatan kesihatan, dan peluang pekerjaan yang terhad. Oleh itu, pelbagai inisiatif dan bantuan diperlukan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
Suri rumah, misalnya, memainkan peranan penting dalam menjaga keluarga dan membentuk generasi akan datang. Namun, tanpa pendapatan tetap atau perlindungan sosial seperti caruman KWSP atau insurans, mereka berisiko menghadapi kesukaran kewangan pada masa hadapan. Justeru, skim perlindungan khas dan bantuan kewangan sangat penting bagi mengiktiraf sumbangan mereka serta menjamin kesejahteraan hidup mereka.
Bagi warga emas pula, cabaran utama adalah kos kesihatan yang semakin meningkat dan kekurangan sokongan sosial, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai pencen atau simpanan yang mencukupi. Program bantuan kesihatan, insentif kewangan, dan pusat jagaan yang mesra warga emas dapat membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih selesa.
Sementara itu, golongan OKU pula memerlukan akses kepada infrastruktur mesra OKU, peluang pekerjaan yang lebih inklusif, serta bantuan khas untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Walaupun kerajaan dan pelbagai organisasi telah menyediakan skim sokongan, masih terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan dalam memastikan hak dan keperluan golongan ini terus diberi perhatian.
Selain itu, individu berpendapatan rendah dan keluarga miskin juga perlu diberikan bantuan bagi mengatasi kos sara hidup yang semakin tinggi. Bantuan kewangan, subsidi pendidikan, dan peluang pekerjaan yang lebih baik adalah antara langkah penting bagi mengurangkan jurang kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup mereka.
Oleh hal demikian, terdapat pihak Kerajaan Negeri yang telah memperkenalkan pelbagai jenis insiatif bagi membantu mereka yang memerlukan ini. Antaranya adalah melalui Program iSejahtera, dan ini adalah penjelasan lanjutnya.
Program Bantuan iSejahtera
Untuk makluman, Program iSejahtera adalah sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam bentuk kewangan secara setahun sekali kepada rakyat negeri itu. Para penerima iSejahtera pula merangkumi warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, suri rumah dan bayi berumur 2 tahun ke bawah.
Berikut adalah maklumat jumlah bantuan di bawah iSejahtera:
- Bayaran setahun sekali
- Program Penghargaan Warga Emas : RM200
- Program Bantuan Ibu Tunggal : RM100
- Program Suri Emas : RM100
- Program Bantuan OKU : RM200
- Bayaran secara sekaligus (‘one-off’)
- Program Anak Emas : RM200
Syarat-Syarat Kelayakan iSejahtera
Program Penghargaan Warga Emas
- Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar;
- Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
Program Bantuan Ibu Tunggal
- Warganegara Malaysia;
- Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang;
- Bercerai atau kematian suami;
- Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar;
- Tidak berkahwin semula;
- Mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak.
Program Suri Emas
- Warganegara Malaysia;
- Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang;
- Pemohon merupakan suri rumah dan tiada pendapatan tetap;
- Wanita masih berumahtangga;
- Pemohon mestilah berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.
Program Bantuan OKU
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di Negeri Pulau Pinang;
- Pemohon mestilah seorang OKU yang memegang kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seluruh negara tidak terhad kepada JKM Pulau Pinang sahaja).
Program Anak Emas
- Anak mestilah seorang warganegara Malaysia;
- Pendaftaran perlu dilengkapkan sebelum anak berumur 2 tahun;
- Salah seorang ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
Cara Memohon
Bagi permohonan iSejahtera, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi i-Sejahtera. Pemohon hendaklah klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan ikuti langkah-langkah seterusnya untuk permohonan.
Bagi mereka yang diluluskan permohonannya, pembayaran iSejahtera akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima. Berdasarkan laporan BERNAMA, seramai 273,590 penerima program i-Sejahtera akan menerima pembayaran secara kredit ke akaun bagi Fasa 1/2025 mulai 12 Mac 2025 yang melibatkan perbelanjaan keseluruhan RM49.37 juta.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Manakala, bagi mereka yang membuat permohonan iSejahtera selepas 10 Februari 2025, mereka akan menerima bantuan pada Fasa 2/2025 iaitu sebelum 30 Jun 2025.
Bagi maklumat lengkap dan terperinci berkenaan program ini, boleh layari Portal Rasmi iSejahtera – DI SINI.