Jawatan Kosong Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Untuk Lepasan SPM: Tarikh Tutup 17 Mac 2025

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) kini sedang membuka pengambilan kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain. Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan- jawatan yang dibuka: –

Jawatan Kosong Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)

KERANI

  • Nama Jawatan: Kerani
  • Penempatan: Pahang

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup kekosongan jawatan;
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dalam SPM atau kelayakan setaraf;
  • Mempunyai kemahiran Microsoft Office

Deskripsi Tugas

  • Pengurusan Dokumen – Menyusun, menyimpan, dan mengemaskini dokumen serta rekod syarikat;
  • Penyediaan Surat & Laporan – Menyediakan surat rasmi, memo, dan laporan mengikut keperluan syarikat;
  • Pengurusan Fail & Rekod – Menyelaras fail fizikal dan digital bagi memastikan dokumen mudah diakses;
  • Urusan Perakaunan Asas – Mengendalikan pembayaran bil, resit, invois, dan rekod kewangan ringkas;
  • Melaksanakan Tugas Pentadbiran – Mengurus jadual mesyuarat, tempahan bilik, dan peralatan pejabat;
  • Menerima & Menjawab Pertanyaan – Mengendalikan panggilan telefon, e-mel, dan pertanyaan pelanggan;
  • Penyelarasan Stok Pejabat – Memastikan keperluan alat tulis dan peralatan pejabat mencukupi.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan.

Permohonan boleh dibuat dengan menghantar permohonan rasmi beserta resume, salinan sijil akademik, dan gambar terkini ke alamat e-mel: hrkn@gapps.kptm.edu.my atau ke alamat:

Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Operasi
Kolej Poly-Tech MARA Kuantan KM8 Jalan Gambang,
25150 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-5366 701

Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.

Tarikh tutup permohonan pada 17 Mac 2025. 

Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan. Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya calon tidak dihubungi dalam tempoh 30 hari dari tarikh iklan ditutup.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Info Tambahan

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) pada asalnya dikenali sebagai Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM) telah diasaskan sebagai sebuah institut pengajian tinggi swasta di bawah Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta Tahun 1996 (Akta 555) pada September 2003.

Kini Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd (KPTM) adalah sebuah institusi pendidikan milik penuh MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) yang menawarkan 45 program pengajian di peringkat asasi, diploma, ijazah, pasca siswazah dan pengajian professional. KPTM beroperasi di 7 cawangan termasuk satu bertaraf Kolej Universiti iaitu Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur.

KPTM menawarkan pelbagai peluang pendidikan dalam bidang-bidang seperti Teknologi Maklumat, Sains Komputer, Sains Kesihatan, Sains Sosial, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan, Kemanusiaan dan Bio-Industri.

Bermula pada Januari 1983, sebuah Pusat Sumber Pembelajaran telah ditubuhkan di Kota Bharu, Kelantan. Pada Jun 1983, Maktab Sains MARA (dahulunya dikenali sebagai Kolej Komuniti MARA) telah ditubuhkan di Kuantan, Pahang dengan menawarkan sebuah program berkembar yang dikenali sebagai Ijazah Bersekutu Amerika (American Associate Degree, AAD). Program ini telah diterima dengan baik oleh lebih daripada 75 universiti di Amerika Syarikat dan New Zealand sebagai program ijazah pemindahan 2+2.

Pencapaian luar biasa ini kemudiannya membawa kepada penubuhan KPTM Kuala Lumpur (1987), KPTM Bangi (1988) dan KPTM Kota Bharu (1994). Beberapa pakatan strategik antarabangsa telah dibentuk bersama Konsortium Utara United Kingdom (1988), Konsortium Pengajian Tinggi Australia di Malaysia (1994) dan Konsortium Pengajian Tinggi British di Malaysia (1994) yang membolehkan pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka di beberapa universiti ternama UK dan Australia.

KPTM telah berkembang sejak penubuhannya sebagai antara institut pengajian tinggi swasta Bumiputera yang terbesar di Malaysia dengan seramai lebih 18,000 orang pelajar sepenuh masa di tujuh kampus; Kuala Lumpur, Bangi, Kota Bharu, Kuantan, Batu Pahat, Ipoh dan Alor Setar. Sehingga ke hari ini, KPTM telah menghasilkan seramai 62,000 orang graduat sejak penubuhannya secara rasmi pada tahun 2003.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *