RM100 Dikreditkan Ke Kad Pengenalan (MyKad) Setiap Bulan: Ini Jadual Penuh SARA Februari 2025

Golongan B40 merangkumi 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, dan mereka sering berdepan dengan cabaran ekonomi yang ketara. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, golongan ini berusaha keras untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan, dan kesihatan. Bagi mereka, kestabilan kewangan bukan sahaja bergantung kepada pendapatan tetap tetapi juga kepada pelbagai bentuk bantuan dan sokongan yang disediakan oleh kerajaan serta sektor swasta.

Salah satu cabaran utama bagi B40 adalah ketidaktentuan sumber pendapatan, terutamanya bagi mereka yang bekerja dalam sektor tidak formal atau bergaji rendah. Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, ramai dalam kumpulan ini terdedah kepada risiko kehilangan pekerjaan dan kesukaran untuk menampung perbelanjaan harian.

Oleh itu, pelbagai program bantuan seperti bantuan tunai, subsidi barangan keperluan, serta skim perlindungan sosial sangat penting untuk memastikan kelangsungan hidup mereka.

Selain itu, akses kepada pendidikan berkualiti dan latihan kemahiran juga menjadi faktor penting dalam membantu golongan B40 keluar dari kitaran kemiskinan. Dengan peningkatan kemahiran dan peluang pekerjaan yang lebih baik, mereka berpeluang memperoleh pendapatan yang lebih tinggi dan menambah baik taraf hidup keluarga.

Kerajaan dan pelbagai organisasi telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan ini, termasuk bantuan kesihatan, perumahan mampu milik, dan program keusahawanan. Namun, usaha yang lebih menyeluruh diperlukan untuk memastikan setiap individu dalam kumpulan B40 mendapat peluang yang adil untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Dengan pendekatan yang tepat, golongan ini bukan sahaja dapat mengatasi cabaran kewangan tetapi juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara secara keseluruhan.

Selain itu, pihak Kerajaan juga telah memperkenalkan sebuah bantuan khusus kepada golongan B40. Ia adalah melalui Sumbangan Asas Rahmah atau SARA.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalahmerupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Ia juga merupakan bantuan tambahan kepada penerima STR yang menepati syarat-syarat kelayakan khusus yang ditetapkan.

Ini adalah maklumat syarat-syarat kelayakan SARA 2025:

  • SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Bagi tahun 2025, jumlah bayaran SARA ditetapkan dari RM450 sehingga RM2,100 mengikut setiap kategori:

Cara Pembayaran SARA

Pembayaran SARA dibuat secara berperingkat dengan kadar RM50 atau RM100 dan dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad) penerima. Penerima kemudiannya boleh menggunakan MyKad masing-masing untuk membuat pembelian secara tanpa tunai di lebih daripada 1,200 rakan niaga di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Barangan yang dibeli pula hendaklah terdiri daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Ini adalah jadual pembayaran SARA 2025:

Dimaklumkan bahawa pembelian melalui MyKad adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Akan tetapi, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2025 akan luput secara automatik.

Semakan kelulusan dan kelayakan SARA 2025 pula boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Maklumat lebih terperinci berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *