RM700 dikreditkan ke akaun bulan depan (November 2024): Ini jadual penuh pembayarannya
Pada ketika ini, rakyat Malaysia dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu berpendapatan rendah (B40), sederhana (M40) dan tinggi (T20). Daripada kumpulan-kumpulan ini, B40 dan M40 antara mereka yang perlu dibantu bagi menghadapi keadaan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Oleh hal demikian, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan sama ada berpentuk tunai, e-Dompet, geran, pembiayaan dan sebagainya. Antaranya termasuklah dengan memperkenalkan dan meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah atau STR merupakah sebuah bantuan tunai yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Bantuan ini juga merupakan kesinambungan bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan pelbagai lagi.
Bantuan berkenaan penerima, ia diberikan kepada mereka yang memohon dan menepati syarat-syarat kelayakan berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah
Namun begitu, bagi golongan bujang berumur 21 tahun ke bawah, tetapi masih berstatus pelajar (IPTA atau IPTS) – mereka hanya dibenarkan untuk dimasukkan dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Kadar Pembayaran STR Fasa 4 (RM150 – RM700)
Bagi pembayaran STR 2024, ia dibuat secara empat fasa dan menyaksikan Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun selesai diagihkan. Berkenaan dengan pembayaran STR Fasa Akhir 2024 (Fasa 4) pula, ia akan dibayar pada bulan November 2024.
Berikut adalah jadual pembayaran STR Fasa 4 bagi setiap kategori penerima:
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM350
- Bilangan anak 3 – 4: RM500
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM700
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM150
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak 3 – 4: RM250
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM350
- Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM100
- Bujang 21 – 59 tahun
- STR Fasa 4: RM150
Pembayaran STR ini akan dibuat dengan dua kaedah iaitu dikreditkan terus ke akaun pemerima seperti mana maklumat ketika permohonan dibuat. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau tidak aktif, tuntutan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
Semakan Status Kelulusan
Bagi urusan semakan kelulusan STR 2024, ia boleh dibuat secara dalam talian di Portal Rasmi STR melalui MySTR:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Sekiranya semakan menunjukkan status “Permohonan Diterima” ia adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Permohonan itu masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.
Manakala, status “Dalam Proses” pula merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.
Untuk maklumat lebih teliti tentang Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, sila teliti di Portal Rasminya – DI SINI.