Tarikh pembayaran STR Fasa 3: Ini maklumat penerima, jumlah bayaran & cara memohon
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan atau diterukan di bawah Belanjawan 2024.
Ia termasuklah keputusan Kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada penerima B40 dan M40 berkelayakan. Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) pihak Kerajaan telah memperkenalkan bantuan kewangan – Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan ini pada asasnya diberikan kepada isi rumah, warga emas dan bujang yang menepati syarat-syarat kelayakan.
Mereka yang layak hendaklah menepati syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Malah, dengan hikmah penyasaran semula subsidi pada tahun 2024 ini, ia telah membolehkan pihak Kerajaan untuk menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
STR Fasa 3
Berkenaan dengan pembayaran STR Fasa 3, ia dijadual akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2024. Akan tetapi, jumlah bayaran bagi setiap kategori masih belum diumumkan secara rasmi dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Pembayarannya pula adalah seperti sebelumnya iaitu secara kredit terus ke akaun penerima yang layak. Bagi yang tiada akaun bank, tuntutan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
Untuk permohonan yang tidak diluluskan, semakan semula (rayuan) STR 2024 boleh dibuat mulai 29 Januari 2024. Kaedahnya pula adalah secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi STR atau mengemukaan Borang Kertas ke Pejabat HASiL berdekatan.
Pemohon boleh klik untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuatnaik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian atau dikemukakan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.
Permohonan rayuan atas talian boleh dibuat bagi semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus kecuali Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian.
Bagi yang belum pernah memohon pula, permohonan baru STR kini dibuka sepanjang tahun dan boleh dibuat secara atas talian atau Borang Permohonan STR (BK-01) yang boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.
Borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh dihantar ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.
Namun begitu, dimaklumkan bahawa individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Untukmaklumat lengkap berkenaan STR, ia boleh diteliti di Portal Rasminya– DI SINI.