Bantuan tunai RM900 telah dikreditkan kepada penerima B40: Berikut cara pembayarannya
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Antaranya adalah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023.
Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-
Bantuan Tunai STR
Salah satu bantuan tunai pada tahun 2023 ini adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan ini pada asasnya merupakan sumbangan tunai kepada golongan B40 dan M40 mengikut kadar pendapatan dan tanggungan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi pembayaran STR Fasa 4, berikut adalah maklumat penerima dan kadarnya:
Isi Rumah Pendapatan RM2, 500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak 3 – 4:RM900
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM200
Cara Pembayaran
Pembayaran STR adalah melalui dua cara iaitu secara kredit terus ke akaun penerima atau pengambilan tunai.
Untuk pengambilan tunai, ia hanya terpakai kepada mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif. Pengambilan tunia itu kemudiannya boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.