PM Umum Bantuan e-Tunai RM100 Dikreditkan kepada B40 & M40 Dalam Masa Terdekat. Ini Cara Menebusnya

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan e-Tunai yang baru diumumkan baru-baru ini dalam pembentangan Ekonomi Madai oleh Perdana Menteri.

Bantuan e-Tunai RM100

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Perdana Menteri berkata, inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan B40 dan M40.

Inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

Advertisement
Advertisement

Cara Menebus e-Tunai RM100

E-Pemula boleh ditebus melalui penyedia-penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat seperti BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Dimaklumkan bahawa setiap penebus hanya boleh dibuat sekali sahaja di sebuah penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat.

Tarikh Pengagihan

Kementerian Kewangan (MOF) akan memastikan bantuan e-wallet RM100 segera diagih kepada rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan di bawah RM100,000 setahun, seperti diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kementeriannya mengambil maklum arahan yang dibuat Menteri Kewangan itu dan akan memaklumkan pengagihan kredit tersebut dalam masa terdekat.

 

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *