Bantuan Tunai RM800 dari Kerajaan dibayar 4 kali: Ini cara memohon & semak status kelulusan

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang berkelayakan dan memerlukan.

Ia termasuklah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai BMT kepada mereka yang layak dan memerlukan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini: –

Bantuan Tunai RM800

BMT atau Bantuan Musim Tengkujuh adalah sebuah  inisiatif Kerajaan yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.

Ketika pembentangan Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan ini kepada RM800 berdanding RM600 sebelum ini.

Syarat-syarat Kelayakan

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan

Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
  • 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Untuk yang ingin memohon dan memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan tunai boleh dibuat di Portal Pekebun Kecil RISDA.

Permohonan dan kemaskini bantuan ini telah dibuka mulai 15 Jun 2023 sehingga 15 September 2023.

Tentang tarikh pembayaran pula, ia akan dibuat secara berperingkat selama empat bulan iaitu bermula pada daripada bulan November 2023 sehingga Februari 2024 dengan banyak RM200 setiap bulan.

Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *