Bantuan Tunai TAPEM RM400-RM1,000 Bagi Tahun 2023. Berikut Senarai Penerima & Cara Memohon

Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.

Salah satu bantuan yang ramai terlepas pandang adalah Bantuan TAPEM yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.

Kadar Bantuan

Mereka yang layak menerima RM400-RM1,000

  • DIPLOMA RM 400.00
  • IJAZAH RM 600.00
  • SARJANA RM 600.00
  • PHD RM 600.00

Universit Melaka (UNIMEL) & Melaka International College Of Science and Technology (MiCoST)

  • Semua peringkat Pengajian : RM 1000.00

Syarat Kelayakan

  • Pemohon lahir di negeri Melaka dan
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka dan
  • Bermastautin di Negeri Melaka dan
  • Pengundi di Negeri Melaka.
  • Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  • Permohonan boleh dibuat bagi kemasukan kali pertama untuk setiap satu tahap pengajian sahaja.
  • Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh pendaftaran di IPT.
  • Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa (BUKAN LAHIR DI MELAKA) merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform telah berkhidmat dan telah bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka serta disahkan oleh Majikan dan Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas) /Pengerusi JAPERUN / Penghulu /Sidang.
  • Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak dipertimbangkan.
  • Permohonan Yang Tidak Lengkap Dan Tidak Mengikut Syarat, Permohonan Tidak Di Pertimbangkan.

Maklumat Kepada Pemohon

  1. Sekiranya pembayaran tidak diterima melebihi tempoh dua bulan permohonan maka dianggap tidak berjaya.
  2.  Sila lampirkan salinan dokumen berikut yang telah disahkan oleh Wakil Rakyat/Pegawai Kerajaan (Gred 41
    Advertisement
    Advertisement
     ke atas)/Pengerusi JAPERUN/Penghulu/Sidang :
  • 1 Salinan Kad Pengenalan/MyKad pemohon.
  • 1 Salinan Sijil Lahir pemohon.
  • 1 Salinan Kad Pengenalan ibu bapa pemohon.
  • 1 Salinan Sijil sekiranya Ibubapa  yang bercerai, meninggal dunia dan Ibu atau Bapa tiri (1 Salinan Sijil Nikah)
  • 1 Salinan Surat Tawaran Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta mempunyai tarikh pendaftaran ke masukan IPT
  • 1 Salinan Buku Akaun/Penyata Bank/Surat Pengesahan Pembukaan Akaun pemohon.
    • Bank yang aktif sahaja
    • Akaun Bersama tidak dibenarkan.
    • Pastikan nama dan nombor akaun jelas.
  • 1 Salinan sijil berhenti sekolah rendah dan 1 salinan sijil berhenti sekolah menengah pemohon.
  • 1 Salinan bidang pengajianyang mempunyai PENDAFTARAN MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY  (MQA),

 

3.   Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Pengurus Besar, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka,No.34-4 Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka. (No. Telefon : 06-333 3333 sambungan 7550/7554)

Cara Memohon

  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian di https://tapemonline.melaka.gov.my. Borang yang telah lengkap diisi secara atas talian perlu dicetak dan dihantar bersama dokumen sokong ke pejabat TAPEM.
  • Borang juga boleh didapati di pejabat TAPEM pada waktu pejabat. Sila bawa bersama surat tawaran IPT untuk rujukan.

 

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *