Bantuan Kewangan RM700 telah dibayar 2 minggu lepas: Berikut senarai penuh penerimanya

Bagi tahun 2023, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan untuk membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Kewangan RM700

Ketika membentangkan Belanjawan 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan sumbangan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) bagi sambutan hari berkenaan.

Sumbangan ini akan melibatkan kadar bantuan sebanyak M700 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 termasuk lantikan kontrak.

BKKA juga diberikan kepada guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya serta pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran serta Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.

Dalam masa sama, pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji, pegawai yang bercuti tanpa gaji dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya turut layak menerima bantuan kewangan ini.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan surat rasmi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam – pembayaran bantuan kewangan ini akan dibuat pada tarikh 14 April 2023. Tarikh itu  menyaksikan pembayaran lebih awal dari jadual asalnya iaitu pada 17 April 2023.

Kaedah pembayarannya akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima yang berkelayakan.

Dalam perkembangan sama, pihak Kerajaan juga memberikan bantuan sebanyak RM300 kepada anggota RELA, Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam, Polis dan Bomba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *