Bantuan tunai RM350 dikreditkan hari ini: Berikut senarai penerima & cara pembayaran
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Bantuan Tunai RM350
Ketika membentangkan Belanjawan 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bagi sambutan hari mulia berkenaan.
Bantuan ini melibatkan kadar bantuan sebanyak RM350 kepada para pesara Kerajaan dan RM700 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 termasuk lantikan kontrak.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan surat rasmi daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Zulkapli Mohamed pembayaran bantuan tunai ini akan dibuat pada 14 April 2023. Tarikh itu adalah lebih awal dari jadual asalnya iaitu pada 17 April 2023.
Perubahan tarikh berkenaan dibuat setelah mengambil kira keprihatinan dalam membantu meringankan beban penjawat awam dan pesara Kerajaan dalam membuat persediaan bagi menyambut perayaan tidak lama lagi.
“Sukacita dimaklumkan bahawa, mengambil kira keprihatinan dalam membantu meringankan beban penjawat awam dan pesara Kerajaan Persekutuan dalam membuat persediaan untuk menyambut perayaan tidak lama lagi, kerajaan telah bersetuju untuk membuat perubahan ke atas tarikh pembayaran BKKA Tahun 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan daripada 17 April 2023 kepada 14 April 2023,” katanya.
Pembayaran bantuan ini akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima yang berkelayakan.
Dalam perkembangan sama, pihak Kerajaan turut memberikan bantuan sebanyak RM300 kepada anggota RELA, Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam, Polis dan Bomba.