Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) pada asasnya merupakan sebuan bantuan kepada keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup.
Kadar BKK adalah minimum RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan sekeluarga mengikut pecahan berikut:
RM200: 6 tahun ke bawah
RM150: 7 tahun hingga 18 tahun
RM1,000: Bantuan maksimum sebulan sekeluarga
Syarat-syarat Kelayakan
Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah;
Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.
Untuk yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan bantuan bulanan ini boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.
Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen-dokumen sokongan berikut semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian:
Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
Salinan penyata gaji (jika ada);
Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Bagi info yang lebih teliti tentang BKK dan borang permohonan, sila lihat di Portal JKM– DI SINI.