Permohonan Bantuan Kewangan TUNS RM3,000 Telah Dibuka Bulan Ini. Berikut Cara Memohon & Syarat Kelayakan
Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, bantuan kewangan sangat penting bagi menampung kehidupan seharian sesetengah rakyat Malaysia.
Alhamdulillah. Kerajaan persekutuan dan negeri masih lagi prihatin untuk menyalurkan pelbagai bantuan kewangan untuk mengurangkan beban rakyat yang memerlukan.
Salah satu bantuan tersebut adalah Bantuan TUNS yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.
Jumlah Bantuan
Bantuan pembiayaan dalam bentuk Geran berjumlah sehingga RM3,000
Bantuan TUNS
Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil di Negeri Sembilan.
TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil di Negeri Sembilan.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia & anak Negeri Sembilan/Pengundi di Negeri Sembilan
- Pendaftaran perniagaan di SSM sebelum 1 Oktober 2022
- Peniaga atau penjaja kecil yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000;
- Beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan
- Tidak berstatus muflis
- Tidak pernah menerima TUNS
Tarikh Permohonan
16 Januari 2023 – 15 Februari 2023
Cara Memohon
Usahawan mikro yang berkelayakan digalakkan untuk membuat permohonan segera.
Pemohon dinasihatkan untuk melengkapkan permohonan sebagaimana disyaratkan untuk mengelak permohonan tersebut ditolak diperingkat saringan awal.
Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut : https://tuns.my/.
Kaedah permohonan TUNS adalah sepenuhnya secara atas talian (online) yang bertujuan bagi memudahkan memudahkan lagi proses permohonan, proses semakan dan pemantauan status permohonan oleh para pemohon tanpa perlu hadir ke pejabat Urus Setia TUNS.