Ini cara memohon Bantuan Kewangan BKPKK RM3,600/setahun untuk mereka dari keluarga B40

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, bagi membantu mereka yang memerlukan. Kebanyakan bantuan-bantuan ini adalah bagi golongan B40.

Salah satunya termasuklah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK). Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Kadar BKPKK

Pembayaran BKPKK adalah sebanyak RM300/sebulan atau RM1,800 untuk satu semester. Untuk makluman, BKPKK diberikan untuk dua semester atau 12 bulan (setahun).

Makanya, jumlah bayaran penuh BKPKK adalah sebanyak RM3,600 bagi yang layak.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • Hanya diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Advertisement
    Advertisement
  • Menandatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan BKPKK, permohonannya boleh dibuat melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Pemohon juga perlu memahami bahawa mereka yang layak menerima bantuan kewangan ini sepanjang setahun/dua semester pengajian hendaklah mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.

Untuk maklumat lengkap berkenaan BKPKK ia boleh dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *