Akan dibayar pada bulan hadapan: Ini cara semak kelayakan bantuan kerajaan RM100 – RM400

Melalui Bajet 2022 yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah dilaksanakan kepada rakyat Malaysia bagi membantu mereka memerlukan.

Antara bantuan yang diperkenalkan itu adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang dibayar sebanyak empat fasa untuk tahun 2022. Malah, pembayaran bagi Fasa 1 telah pun disalurkan kepada yang layak pada bulan Mac lalu.

Oleh hal demikian, pembayaran seterusnya akan melibatkan Fasa 2 kepada yang berkelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BKM Fasa 2: –

Kategori Penerima BKM Fasa 2

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM200
    • Bilangan anak 1 – 2: RM300
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100
    • Bilangan anak 1 – 2: RM100
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM100

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas 

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM300
    • Bilangan anak 1 – 2: RM300
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM300
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100
    • Bilangan anak 1 – 2: RM100
    • Advertisement
      Advertisement
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM100

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon 

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 1 – 2: RM300
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 1 – 2: RM100
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM100

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan RM0 – RM5,000
    • Bayaran Fasa 2: RM150

Tarikh Bayaran

Berkenaan tarikh bayaran BKM Fasa 2, ia akan dilaksanakan pada bulan Jun 2022 seperti mana yang dimaklumkan melalui portal rasmi BKM.

Bagaimanapun, tarikh tepat pembayaran kepada yang layak belum dimaklumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan, dan akan diumumkan berdasarkan kenyataan rasmi Kementeri Kewangan Malaysia.

Dalam masa sama, pembayaran BKM Fasa 2 akan dilaksanakan seperti mana pembayaran sebelumnya iaitu dengan cara:

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM;
  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat;
  • Tuntutan secara tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Maklumat terperinci dan lebih khusus berkenaan BKM, boleh dirujuk di portal rasmi BKM atau DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.