Hebahan Jawatan Kosong LADA Tahun 2026: Gaji RM2,100 hingga RM2,300
Peluang kerjaya kini dibuka kepada individu yang berkelayakan, bersemangat tinggi dan komited dalam membina masa depan profesional. Hebahan ini ditujukan kepada mereka yang memiliki kemahiran relevan, sikap positif serta keupayaan bekerja dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar.
Jawatan yang ditawarkan memberi ruang untuk menimba pengalaman, memperkukuh kemahiran serta mengembangkan potensi diri ke tahap lebih tinggi.
Calon yang berminat digalakkan untuk merebut peluang ini sebagai langkah penting dalam perkembangan kerjaya. Jangan lepaskan peluang untuk memohon dan meneroka prospek pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.
Jawatan Kosong LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi)
- PERSONEL MYSTEP SETARAF 29
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM2,100
- Penempatan: Langkawi
- PERSONEL MYSTEP SETARAF 41
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM2,300
- Penempatan: Langkawi
Syarat-Syarat Kelayakan
PERSONEL MYSTEP SETARAF 29
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Diploma dalam bidang Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan tersebut.
PERSONEL MYSTEP SETARAF 41
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan tersebut.
Bidang Tugas
PERSONEL MYSTEP SETARAF 29
Bertanggungjawab membantu menjalankan tugas-tugas berkaitan perundangan jabatan. Selain itu, turut terlibat bagi keurusetiaan majlis menandatangani perjanjian melibatkan jabatan serta membantu menyemak perjanjian dari semua Bahagian / Unit di LADA.
PERSONEL MYSTEP SETARAF 41
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas berkaitan perundangan jabatan. Selain itu, turut terlibat bagi keurusetiaan majlis menandatangani perjanjian melibatkan jabatan serta membantu menyemak perjanjian dari semua Bahagian / Unit di LADA.
Cara Memohon
Bagi permohonan jawatan-jawatan tersebut, ia boleh dibuat dengan laman sesawang MyFutureJobs. Permohonan juga perlu dilengkapkan dengan dokumen-dokumen berikut:
- Resume beserta gambar pemohon;
- Kad Pengenalan;
- Sijil Kelahiran;
- Sijil Berhenti Sekolah;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
- Sijil Diploma / Ijazah Sarjana Muda dan transkrip; dan
- Lain-lain sijil yang berkaitan (kokurikulum) – jika ada.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Permohonan akan ditolak sekiranya ia tidak disertakan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan serta mengemukakan maklumat palsu.
Maklumat yang diberikan hendaklah tepat, terkini dan sahih. Info lebih terperinci dan rasmi berkenaan kekosongan jawatan-jawatan ini, sila layari media sosial rasmi LADA – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) diperbadankan di bawah Akta Parlimen untuk membangunkan Pulau Langkawi serta memajukannya sebagai Destinasi Pelancongan Antarabangsa. Terasnya LADA adalah mengutamakan pembangunan bersepadu, amalan pengurusan terbaik dan kolaborasi dengan semua peringkat.
Visi LADA adalah menjadi agensi peneraju untuk pembangunan Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. Manakala, misinya pula adalah menggerakkan pelaksanaan pembangunan industri pelancongan Langkawi yang memberi manfaat kepada masyarakat, negeri dan negara melalui perancangan yang strategik serta tadbir urus yang berkesan.
Nilai teras warga LADA adalah seperti berikut:
- Bekerja sebagai satu pasukan yang mantap secara kolektif dan saling membantu bagi melahirkan suasana kerja yang seronok dan harmoni;
- Melaksanakan tugas serta tanggungjawab mengikut agama, undang-undang dan peraturan tanpa mengambil kesempatan untuk faedah atau kepentingan diri;
- Sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran agar lebih kreatif, inovatif, bermotivasi dan berdaya saing untuk menghasilkan kualiti perkhidmatan yang cekap, cepat, tepat dan berkesan.
Dasar kualiti LADA adalah komited menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan terkemuka di dunia serta mensejahterakan penduduk Langkawi melalui sistem penyampaian dan tadbir urus yang cekap dan berkesan. Kepuasan pelanggan akan sentiasa ditingkatkan melalui pematuhan kepada keperluan-keperluan dan penambahbaikan berterusan Sistem Pengurusan Kualiti.
Piagam pelanggan LADA adalah:
- Melaksanakan 10 program / aktiviti promosi pelancongan domestik / antarabangsa setahun;
- Memberi maklumbalas aduan / pertanyaan 7 hari bekerja;
- Membuat bayaran dalam masa 14 hari bekerja.



