Jawatan Kosong FAMA 2026: Penempatan Di Pelbagai Lokasi
Peluang kerjaya kini dibuka kepada individu yang berkelayakan, bersemangat tinggi dan komited dalam membina masa depan profesional. Hebahan ini ditujukan kepada mereka yang memiliki kemahiran relevan, sikap positif serta keupayaan bekerja dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar.
Jawatan yang ditawarkan memberi ruang untuk menimba pengalaman, memperkukuh kemahiran serta mengembangkan potensi diri ke tahap lebih tinggi.
Calon yang berminat digalakkan untuk merebut peluang ini sebagai langkah penting dalam perkembangan kerjaya. Jangan lepaskan peluang untuk memohon dan meneroka prospek pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.
Jawatan Kosong FAMA 2026
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Untuk makluman, FAMA ketika mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:
- PEMANDU (HARIAN)
- PEKERJA AM (HARIAN)
Penempatan bagi jawatan-jawatan ini adalah di Pusat Operasi FAMA Johor Bahru, Pusat Operasi FAMA Simpang Renggam dan Pusat Operasi FAMA Tangkak. Taraf jawatan pula adalah sebagai Anggota Projek FAMA Bertaraf Kontrak (Harian).
Syarat-Syarat Kelayakan
PEMANDU (HARIAN)
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) / PT3;
- Memiliki lesen memandu kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P));
- Berinisiatif, rajin, berdikari, terbuka menerima teguran, kemahiran komunikasi yang baik, menepati masa, dan bersedia belajar perkara baharu;
- Sihat tubuh badan.
PEKERJA AM (HARIAN)
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) / PT3;
- Berinisiatif, rajin, berdikari, terbuka menerima teguran, kemahiran komunikasi yang baik, menepati masa, dan bersedia belajar perkara baharu;
- Keutamaan kepada calon yang mempunyai lesen memandu dan pengangkutan sendiri;
- Sihat tubuh badan.
Bidang Tugas
PEMANDU (HARIAN)
- Memandu kenderaan jabatan bagi tujuan urusan rasmi;
- Penjagaan dan penyelenggaraan kederaan jabatan;
- Mengisi dan mengemaskini buku log;
- Pematuhan Peraturan dan Keselamatan Jalan Raya;
- Sokongan operasi pejabat;
- Kesediaan bertugas di luar waktu pejabat;
- Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
PEKERJA AM (HARIAN)
- Melaksanakan kerja-kerja am berkaitan operasi harian pusat seperti penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran produk;
- Membantu dalam pengiraan dan semakan stok barang;
- Menjaga kebersihan kawasan operasi, stor dan persekitaran kerja;
- Membantu pelaksanaan Program Jualan FAMA;
- Sokongan operasi pejabat;
- Kesediaan bertugas di luar waktu pejabat;
- Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
Permohonan jawatan-jawatan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang FAMA 1-08p secara lengkap dan sahih. Permohon juga hendaklah melampirkan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Lesen Memandu, Sijil SPM/SRP/PMR/PT3/Diploma, Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan.
Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat dan dihantar ke alamat:
Unit Pentadbiran
Pejabat FAMA Negeri Johor
Lot 6313, Jalan Taruka,
Off Jalan Datin Halimah,
80700 Johor Bahru, Johor
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Pemohon hendaklah memastikan maklumat yang diisi adalah lengkap dan tepat. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses. Permohonan jawatan-jawatan ini dibuka sehingga 5 Mei 2026 (Selasa).
Info lebih terperinci dan rasmi berkenaan kekosongan jawatan-jawatan ini, sila layari laman sosial rasmi FAMA Negeri Johor – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) ditubuhkan pada 30 September 1965 dan merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
FAMA bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur–sayuran, buah–buahan dan bunga-bungaan serta produk-produk industri makanan dan asas tani.
Bagi memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa, FAMA juga berperanan dalam memperluaskan saiz pasaran produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar. FAMA turut berperanan dalam memastikan produk pertanian dan industri makanan tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar oleh pengguna.
Bagi melaksanakan peranan berkenaan, FAMA telah melaksanakan usaha-usaha meningkatkan kecekapan di sepanjang rantaian pemasaran melalui strategi-strategi berikut:
- Pembangunan luang pasaran;
- Pembangunan infrastruktur pemasaran;
- Pembangunan keusahawanan;
- Pembangunan pemasaran produk;
- Pembangunan regulasi pemasaran.
Misi FAMA adalah membangun dan memudah cara perkhidmatan pemasaran yang cekap dan berkesan bagi menggalakkan pertumbuhan, daya saing dan inovasi dalam industri agromakanan serta meningkatkan nilai kepada pelanggan.



