Bantuan BAP RM150 Mula Dibayar Hari Ini (19 Jan 2026): Hanya Satu Kaedah Pembayaran

Setiap kali musim persekolahan baharu bermula, ia bukan sahaja menandakan permulaan lembaran baharu buat anak-anak, malah turut membawa pelbagai persiapan dan tanggungjawab besar kepada ibu bapa. Keperluan awal persekolahan seperti pakaian seragam, kasut, beg sekolah, buku teks tambahan, alat tulis, yuran tertentu serta peralatan sokongan pembelajaran menjadi senarai wajib yang perlu dipenuhi sebelum anak melangkah ke sekolah. Walaupun keperluan ini kelihatan rutin dan berulang setiap tahun, hakikatnya ia tetap memberi tekanan, khususnya kepada keluarga yang mempunyai lebih daripada seorang anak yang bersekolah.

Bagi kebanyakan ibu bapa, cabaran utama terletak pada aspek kewangan. Kos sara hidup yang semakin meningkat, ditambah pula dengan perbelanjaan harian lain seperti makanan, sewa rumah, bil utiliti dan pengangkutan, menyebabkan perbelanjaan awal persekolahan menjadi satu beban yang besar.

Harga barangan sekolah yang kian meningkat memaksa ibu bapa membuat perancangan teliti, malah ada yang terpaksa menangguhkan keperluan lain demi memastikan kelengkapan persekolahan anak-anak mencukupi. Situasi ini lebih mencabar bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang perlu mengurus kewangan dengan sangat berhati-hati.

Selain faktor kewangan, ibu bapa turut berdepan cabaran dari segi masa dan emosi. Kesibukan bekerja menyukarkan sebahagian ibu bapa untuk meluangkan masa membeli kelengkapan sekolah, menghadiri taklimat sekolah atau mengurus pendaftaran dan dokumen berkaitan.

Dalam masa yang sama, ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak bersedia dari segi mental dan emosi, terutamanya bagi murid yang pertama kali melangkah ke alam persekolahan atau yang berpindah ke sekolah baharu. Perubahan rutin, persekitaran dan tanggungjawab pembelajaran boleh menjadi satu tekanan kepada anak-anak jika tidak ditangani dengan baik.

Tambahan pula, jurang digital dan keperluan pembelajaran moden turut menjadi cabaran baharu. Keperluan peranti, akses internet serta bahan pembelajaran digital menambah lagi kos dan tanggungjawab ibu bapa. Bagi sesetengah keluarga, kekangan ini boleh menjejaskan kelancaran proses pembelajaran anak-anak.

Justeru, keperluan awal persekolahan bukan sekadar melibatkan penyediaan barangan fizikal semata-mata, tetapi juga kesiapsiagaan menyeluruh yang menuntut peranan aktif ibu bapa, sokongan masyarakat serta keprihatinan pelbagai pihak agar tiada anak yang tercicir daripada menerima pendidikan yang berkualiti.

Bagi mengurangkan beban ibu bapa dan penjaga, pihak Kerajaan telah bersetuju meneruskan pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan atau BAP bagi tahun 2026. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini.

Bantuan BAP 2026

Bantuan Awal Persekolahan atau BAP adalah sebuah bantuan tunai yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi meringankan beban ibu bapa atau penjaga untuk penyediaan awal persekolahan anak-anak.

Bantuan ini datang dengan kadar sebanyak RM150 dan berikan secara sekali bayar (one-off) kepada setiap murid / pelajar sekolah dari Darjah 1 hingga Tingakatan 6. Berikut adalah senarai sekolah murid / pelajar yang layak menerima BAP:

  • Sekolah kerajaan (SK);
  • Sekolah bantuan kerajaan (SBK);
  • Sekolah agama;
  • Sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM tidak termasuk sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat;
  • Kolej PERMATA;
  • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih;
  • Sekolah Integriti;
  • Sekolah Henry Gurney;
  • Maktab Rendah Sains MARA; dan
  • Maktab Tentera Diraja.

Bantuan ini juga diberikan kepada semua murid / pelajar warganegara, tanpa mengira status pendapatan ibu bapa atau penjaga. Bagi sebuah keluarga yang memiliki empat orang anak sedang bersekolah, maka jumlah keseluruhan BAP yang akan diterima adalah RM600 (RM150 setiap murid / pelajar).

Pembabayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Pembayaran BAP akan dibuat mulai 11 Januari 2026. Kaedah pembayarannya pula hanya satu kaedah sahaja iaitu secara serahan tunai di sekolah melalui program pertemuan antara guru dengan ibu bapa atau penjaga.

Kaedah ini diambil bagi memastikan penyampaian yang lebih berkesan, dan bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara guru, murid dan ibu bapa atau penjaga.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi tahun 2026, Kerajaan memperuntukkan RM66.2 bilion kepada Kementerian Pendidikan dan ia bertujuan untuk memperkukuh sistem pendidikan kebangsaan dan menyesuaikannya dengan cabaran masa depan. Peruntukan untuk pendidikan tinggi pula meningkat kepada kira-kira RM18.6 bilion bagi tujuan pembangunan universiti dan pengajian lanjutan.

Belanjawan 2026 juga menyediakan peruntukan khusus untuk menaik taraf lebih 520 sekolah daif, khususnya di kawasan luar bandar dan di Sabah & Sarawak, termasuk pembinaan kemudahan baharu dan penyelenggaraan sekolah sedia ada.

Kerajaan turut akan melancarkan Rancangan Pembangunan Pendidikan Nasional (RPN) 2026-2035, iaitu sebuah pelan strategik jangka panjang yang merangkumi seluruh ekosistem pendidikan dari sekolah rendah hingga universiti. Pelan ini dibentuk untuk memperkukuh sistem pendidikan yang lebih inklusif, berkualiti dan relevan dengan permintaan semasa dan masa depan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *