Bukan Hanya Guna MyKad: Ini Cara-Cara Dapat Harga Minyak RON95 RM1.99 Seliter

Dalam kehidupan moden hari ini, minyak petrol bukan sekadar bahan bakar untuk kenderaan, tetapi telah menjadi nadi utama yang menggerakkan hampir setiap aspek kehidupan masyarakat. Dari perjalanan harian ke tempat kerja, penghantaran barangan, sehinggalah kepada aktiviti ekonomi berskala besar, semuanya bergantung kepada bekalan petrol yang stabil.

Kebergantungan ini jelas kelihatan apabila berlaku kenaikan harga minyak atau kekurangan bekalan – ia bukan sahaja menjejaskan pengguna individu, malah memberi kesan rantaian kepada sektor perniagaan, kos logistik, dan akhirnya harga barangan harian.

Bagi kebanyakan rakyat, petrol merupakan satu keperluan asas kerana ia berkait rapat dengan mobiliti. Sama ada menggunakan motosikal, kereta atau kenderaan awam yang turut bergantung kepada bahan api, petrol memastikan masyarakat dapat bergerak dengan lancar dalam menjalani rutin seharian.

Tanpa petrol, bukan sahaja perjalanan tergendala, malah produktiviti dan kualiti hidup juga boleh terjejas. Di samping itu, sektor perindustrian dan pertanian juga banyak bergantung pada petrol bagi menggerakkan mesin serta pengangkutan hasil.

Namun, di sebalik kepentingannya, penggunaan petrol turut menimbulkan cabaran, terutamanya dari segi kos sara hidup dan kesan terhadap alam sekitar. Peningkatan harga petrol biasanya memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah kerana mereka perlu memperuntukkan sebahagian besar daripada pendapatan untuk pengangkutan.

Dalam masa yang sama, pembakaran petrol menyumbang kepada pencemaran udara dan perubahan iklim global, menjadikan isu tenaga ini semakin mendesak untuk ditangani.

Oleh itu, memahami peranan petrol dalam kehidupan masyarakat adalah penting. Ia membantu kita melihat mengapa bahan bakar ini masih menjadi keperluan utama, sambil membuka ruang perbincangan tentang alternatif tenaga yang lebih mampan untuk masa hadapan.

Untuk makluman, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menurunkan harga RON95 kepada RM1.99 seliter. Berikut adalah maklumat lanjut tentang perkara ini.

Harga RON95 RM1.99 seliter

Ketika memberikan ucapan bersempena dengan tema “Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia”, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pelaksanaan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter.

Pelaksnaaan penurunan harga itu akan memberikan manfaat kepada sekitar 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig.

Mereka yang layak menerima subsidi ini adalah semua warganegara Malaysia. Manakala, warganegara asing tidak layak sama sekali dan mereka perlu membayar pada harga pasaran tanpa subsidi. Pelaksanaan harga ini dijadualkan pada akhir bulan September 2025.

Cara Pelaksanaan/Mendapatkannya

Berdasarkan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali – pelaksanaan subsidi petrol RON95 akan menggunakan pelbagai mekanisme pembayaran dan tidak hanya bergantung kepada penggunaan Kad Pengenalan (MyKad) secara fizikal sahaja.

Tambahnya, pembelian juga boleh dibuat melalui aplikasi yang telah disediakan syarikat minyak seperti Setel dan Shell App yang membolehkan orang ramai menikmati subsidi itu dengan lebih mudah dan cepat.

“Pengguna juga boleh menggunakan kaedah pembayaran di terminal pembayaran di luar atau di dalam stesen minyak untuk membeli petrol bersubsidi itu. Jadi, jangan khuatir, jangan anggap bahawa MyKad (fizikal) hanya satu-satunya kaedah.

“Walaupun semuanya akan disandarkan kepada kelayakan yang ada dalam MyKad, pembelian itu tidaklah hanya bergantung pada satu kaedah semata-mata,” katanya.

Dalam perkembangan terkini, Kementerian Kewangan mengumumkan bermula pada 30 September 2025 – Malaysia akan beralih kepada sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk manfaat rakyat.

Pemberian subsidi RON95 ini akan diberikan secara automatik kepada semua warganegara, tanpa mengira tahap pendapatan dan mempunyai lessen memandu aktif.

Had pembelian dengan subsidi pula ditetapkan sehingga 300 liter sebulan, tetapi dikecualikan kepada para pemandu e-hailing.

Kerajaan juga telah mengambil langkah bagi memudahcarakan proses untuk rakyat memanfaatkan harga bersubsidi RON95, antaranya:

  • Pertama, tiada pendaftaran diperlukan;
  • Kedua, hanya satu langkah tambahan, iaitu pengesahan dengan MyKad untuk urusan membeli RON95 pada harga bersubsidi; dan
  • Ketiga, terminal pembaca MyKad disediakan di dalam kedai stesen minyak dan juga di terminal pam minyak bagi mengurangkan risiko kesesakan. Di samping itu, terdapat opsyen digital e-dompet TNG dan aplikasi syarikat minyak seperti Setel oleh Petronas dan CaltexGo.

Tarikh pelaksanaannya dibuat secara berperingkat iaitu:

  • 27 September 2025 (Sabtu): Sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300 ribu anggota tentera dan polis;
  • 28 September 2025 (Ahad): Sistem BUDI95 dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40; dan
  • 30 September 2025 (Selasa): Sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.

Info Tambahan

Pada tahun lalu, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi diesel yang melibatkan penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran. Bagi mengurankan beban mereka yang memerlukan, pihak Kerajaan turut memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai BUDI MADANI.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Kadar BUDI MADANI ini ditetapkan sebanyak RM200 setiap bulan kepada dua kategori ini:

  • Budi Individu: Bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.
  • Budi Agri-Komoditi: Bantuan subsidi tunai disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.

Bagi maklumat lanjut tentang BUDI MADANI, ia boleh diteliti secara lebih terperinci di portalnya – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *