Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA): Ambilan Ogos 2025

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) kini sedang membuka pengambilan kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain. Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan- jawatan yang dibuka: –

Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

PENOLONG PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S5

  • Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan jawatan;
  • Diploma dalam bidang Psikologi atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,893.00);
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

  • Membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran dalam pelaksanaan dasar, pekeliling dan garis panduan berkaitan pengurusan dan tadbir urus perkhidmatan psikologi, kaunseling dan psikologi klinikal di kementerian/jabatan/agensi;
  • Membantu tugas-tugas penyimpanan inventori penilaian psikologi di kementerian/jabatan/agensi;
  • Membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran dalam program pembangunan modul-modul psikologi;
  • Membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran dalam program/aktiviti berdasarkan pendekatan psikologi dari aspek pembangunan, pencegahan dan pemulihan;
  • Membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran dalam penyediaan khidmat runding/konsultasi psikologi dan kaunseling kepada pihak-pihak yang memerlukan;
  • Membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran dalam penyediaan input psikologi untuk tujuan pembangunan, pencegahan dan pemulihan;
  • Membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran dalam penyediaan perkhidmatan intervensi psikologi, kaunseling dan klinikal kepada klien untuk tujuan pembangunan, pencegahan dan pemulihan;
  • Membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran dalam pelaksanaan program latihan kompetensi, kepakaran serta kemajuan kerjaya Pegawai dan Penolong Pegawai Psikologi;
  • Membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran dalam aktiviti penyelidikan dan kajian psikologi, kaunseling dan klinikal;
  • Membantu tugas-tugas penyediaan laporan program, pemantauan dan intervensi bagi tujuan rekod, pelaporan dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan sedia ada;
  • Membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran dalam pengumpulan data penyampaian perkhidmatan psikologi.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan.

Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan secara dalam talian (online) di Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).

Hanya pemohon yang memenuhi syarat dan melepasi tapisan sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga.

Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.

Tarikh tutup permohonan pada 21 OGOS 2025.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti – DI SINI.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Info Tambahan

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berperanan sebagai penggerak utama dalam pembaharuan keseluruhan perkhidmatan awam supaya lebih cekap dan efektif dari segi pembangunan dan pengurusan sumber manusia yang diyakini dan dipercayai rakyat.

Objektif JPA adalah seperti berikut:

  • Merasionalisasikan saiz Perkhidmatan Awam melalui perancangan sumber manusia yang sistematik dan berstruktur dengan menjalankan unjuran keperluan sumber manusia yang menyeluruh;
  • Menyediakan Perkhidmatan Awam dengan skim perkhidmatan dan struktur organisasi yang relevan, anjal serta memenuhi keperluan semasa bagi membolehkan organisasi melaksanakan fungsi penubuhannya;
  • Melahirkan dan membangunkan modal insan terbaik serta kompeten untuk memenuhi keperluan strategik Perkhidmatan Awam dan negara melalui dasar latihan dan program penajaan yang dinamik;
  • Mengurus penjawat awam dan membangunkan dasar pengurusan sumber manusia melalui penggubalan dan pelaksanaan dasar perkhidmatan yang strategik dan berkesan;
  • Menggubal dasar dan garis panduan berkaitan perkhidmatan psikologi mengikut keperluan semasa bagi memantapkan pembangunan sumber manusia dalam Perkhidmatan Awam;
  • Mengutamakan kebajikan pesara dan penerima pencen melalui penambahbaikan dasar-dasar pasca perkhidmatan;
  • Memperkenalkan pakej saraan terbaik dan menyeluruh kepada penjawat awam serta menjalin hubungan harmoni majikan-pekerja;
  • Memantapkan penggunaan teknologi dalam pengurusan sumber manusia ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.

 

Fungsi-fungsi JPA pula adalah:

  • Perancangan
    • Menentukan peranan sektor awam;
    • Menentukan saiz dan struktur organisasi agensi awam;
    • Menentukan keperluan dan pembangunan sumber manusia;
    • Menentukan saraan dan faedah-faedah persaraan;
    • Menentukan implikasi penswastaan/pengasingan ke atas sumber manusia sektor awam; dan
    • Membangunkan strategic alliances and networking.
  • Pembangunan
    • Menentukan Dasar Pembangunan Organisasi;
    • Menentukan Dasar Pembangunan Kerjaya;
    • Membangunkan Laluan Kerjaya;
    • Membangunkan Pelan Perancangan Penggantian; dan
    • Menentukan Dasar Latihan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *