RM200 Dikreditkan Ke Akan Bank Bulan Ini Disember 2024: Ini Maklumat Lengkap BUDI 2024
Petrol dan diesel adalah nadi utama penggerak ekonomi serta kehidupan harian rakyat Malaysia. Daripada kenderaan persendirian hingga pengangkutan awam dan logistik, bahan api ini memainkan peranan penting dalam memastikan segala aktiviti berjalan lancar.
Namun, dengan turun naik harga minyak global, kos bahan api boleh menjadi beban besar kepada pengguna. Di sinilah subsidi kerajaan memainkan peranan.
Subsidi petrol dan diesel bukan sahaja membantu meringankan kos hidup rakyat, tetapi juga mengekalkan kestabilan harga barang keperluan yang bergantung kepada pengangkutan.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan subsidi sering mencetuskan perdebatan – adakah ia benar-benar memanfaatkan golongan sasaran? Atau adakah ia turut dinikmati oleh pihak yang kurang memerlukan?
Oleh hal demikian, pihak Kerajaan telah membuat keputusan melaksanakan subsidi bersasar diesel bagi memastikan ia sampai kepada yang benar-benar layak. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan penyasaran subsidi ini: –
BUDI 2024
BUDI MADANI merupakan usaha Kerajaan untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan.
Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.
Terdapat beberapa kategori program ini iaitu BUDI Individu serta BUDI Agri-Komoditi:
BUDI Individu
Ia adalah bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.
Permohonan yang diluluskan akan menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM200 setiap bulan. Syarat-syarat kelayakannya adalah:
- Pemohon
- Warganegara Malaysia; dan
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah
- Kriteria Pemilikan Kenderaan
- Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
- Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) aktif;
- Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
- Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
BUDI Agri-Komoditi
BUDI Agri-Komoditi pula adalah sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Kategori ini adalah khusus untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil (Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Kelayakan bantuan ini bagi kategori pertanian adalah pengusaha pertanian termasuk petani dan penternak yang terlibat dalam aktiviti tanaman, ternakan dan akuakultur layak memohon bantuan penyasaran subsidi diesel.
Bagi kategori perladangan pula, pengusaha pertanian termasuk pekebun kecil sawit, getah, koko, lada dan kenaf layak memohon.
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bantuan ini:
Petani Kecil
- Warganegara Malaysia;
- Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem pendaftaran GeoAgro ataupun telah berdaftar dengan agensi berkaitan iaitu:
- Sektor tanaman dengan Jabatan Pertanian Malaysia (tidak termasuk pesawah padi)
- Sektor ternakan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan
- Sektor akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia (tidak termasuk nelayan);
- Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000.
Pekebun Kecil
- Warganegara Malaysia;
- Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan & Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pekebun kecil persendirian, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Lada Malaysia;
- Sebagai panduan, pekebun kecil melibatkan keluasan tanah yang dimiliki dan diusahakan mengikut sektor komoditi /jenis tanaman seperti berikut:
- Pekebun kecil Sawit persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
- Pekebun kecil Getah persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
- Pekebun kecil Koko, Lada dan Kenaf persendirian: keluasan 2.5 hektar ke bawah
- Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pekebun kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan
- Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.
Permohonan yang diluluskan akan menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM200 setiap bulan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon BUDI 2024
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan BUDI MADANI boleh dikemukakan secara dalam talian (online) di laman web rasmi BUDI MADANI.
Selepas permohonan dibuat, pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.
Bagi yang diluluskan permohonannya, bantuan ini akan dibayar secara dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem atau secara tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya tiada akaun bank.
Bagi maklumat lebih teliti dan lanjut berkenaan BUDI MADANI, sila layari Portal Suara Rasminya – DI SINI.



