Bantuan Kebajikan RM2,700 sekaligus (one-off): Maklumat lengkap syarat-syarat & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kebajikan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan Kebajikan RM2,700

Pihak Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan sama ada secara bulanan atau sekaligus (one-off). Bantuan-bantuan ini diberikan kepada penerima khusus dengan kelayakan dan ciri-ciri yang ditetapkan.

Antara yang telah diperkenalkan itu adalah Geran Pelancaran iaitu sebuah bantuan kebajikan yang bertujuan untuk memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.

Ia juga bagi mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari. Kadar Geran Pelancaran yang ditetapkan adalah sebanyak RM2,700 dan diberikan secara ‘one-off’.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

Cara Memohon Bantuan Kebajikan

Seperti mana yang dinyatakan di syarat-syarat kelayakan, Geran Pelancaran ini hanya boleh diberikan kepada kumpulan sasar JKM sahaja. Oleh hal demikian, ia bermakna bantuan ini hanya layak diberikan kepada mereka yang menerima bantuan bulanan JKM sahaja.

Oleh itu, sekiranya seseorang itu bukan penerima bantuan sedia ada JKM, mereka boleh mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu, sebelum membuat permohonan Geran Pelancaran.

Sekiranya layak dan tersenarai sebagai penerima bantuan bulanan, maka selepas itu mereka boleh mengemukakan permohonan Geran Pelancaran. Permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Akan tetapi, setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Advertisement
Advertisement

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Info Tambahan

Pada Mac lalu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dilaporankan bercadang untuk menambah jumlah pemberian bantuan Geran Pelancaran dalam Skim Bantuan Kebajikan daripada RM2,700 kepada RM5,000.

Ia juga sebagai usaha KPWKM untuk membantu golongan memerlukan bagi memperoleh modal perniagaan dalam usaha mereka keluar daripada belenggu kemiskinan, malah kadar geran itu wajar dinaikkan bersesuaian dengan keadaan ekonomi ketika ini.

Selain itu, terdapat beberapa lagi bantuan sekaligus yang ada di bawah JKM iaitu seperti Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan. Bantuan ini bertujuan untuk membantu kumpulan sasar JKM yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk membeli anggota palsu atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh Pegawai atau Pengamal Perubatan (kerajaan/ swasta) atau Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan.

Ia juga bagi membolehkan kumpulan sasar JKM meningkatkan keupayaan dan mobiliti bagi menjalani kehidupan. Syarat-syarat kelayakan bantuan ini adalah seperti di bawah:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan.

 

Antara jenis – jenis peralatan tiruan atau alat sokongan yang dibolehkan adalah: Anggota Palsu, Kerusi Roda, Alat Bantu Pendengaran, Alat-alat Keperluan Lain dan Penggantian / Baik Pulih Alat.

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan-bantuan di bawah JKM, sila lihat di Portal Rasminya – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *