Semakan status STR Fasa 3 telah dibuka: Mula dibayar bulan Ogos 2024

Advertisement

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan pleh Kerajaan, sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Antaranya adalah bantuan-bantuan tunai yang diperkenalkan atau diteruskan di bawah Belanjawan 2024.

Ia termasuklah dengan meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR kepada mereka daripada kalangan B40 dan M40. Bantuan ini pada asasnya merupakan kesinambungan bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan pelbagai lagi.

STR – Sumbangan Tunai Rahmah

STR adalah bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat negara ini daripada kalangan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Kategori penerima merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang. Manakala jumlah bayarannya pula adalah berbeza-beza mengikut kategori, jumlah tanggungan dan pendapatan bulanan penerima.

Berikut adalah maklumat jumlah pembayaran keseluruhan STR bagi tahun 2024 ini:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
      • Bilangan anak 0: RM1,000
      • Bilangan anak 1 – 2: RM1500
      • Bilangan anak 3 – 4: RM2,000
      • Bilangan anak 5 & ke atas: RM2,500
    Advertisement
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM500
    • Bilangan anak 1 – 2: RM750
    • Bilangan anak 3 – 4: RM1,000
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,250
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Kadar STR: RM350
  • Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
    • Kadar STR: RM600

Syarat-syarat Kelayakan STR 2024

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Advertisement
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Akan tetapi, individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Pembayaran dan Semakan Status STR

Pembayaran STR dibuat secara empat fasa bagi tahun ini. Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun selesai diberikan kepada mereka yang layak pada bulan Januari dan April lalu. Manakala, pembayaran STR Fasa 3 pula akan mula dibuat pada bulan ini (Ogos 2024).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima seperti mana maklumat yang diberikan semasa permohonan. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Untuk mereka yang belum membuat permohonan STR, mereka masih boleh membuat permohonan itu sama ada secara dalam talian (online) di Portal Rasmi STR (MySTR) atau secara manual dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Borang itu kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL terdekat.

Semakan status kelulusan STR pula boleh dibuat di portal rasmi STR. Tatacaranya seperti berikut:

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (jika ada)

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ia boleh dirujuk terus di Portal Rasminya – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *